Kembali ke Padang Hoki…
Pasukan Hoki STARoba sempena Old Boys Weekend pada 16-18 Julai 2010.
Saudara Wan Muzailan sedang mengukur kayu hoki, beliau adalah ketua pasukan STAR dan saya sebagai Penolong Ketua Pasukan ketika STAR menjadi Naib Johan Negeri Perak pada tahun 1990, dua puluh tahun yang lalu.
Empat pemain daripada pasukan asal STAR yang telah mewujudkan dan memperkenalkan ANACONDA sehingga digunakan oleh pasukan hoki STAR sehingga ke hari ini. Daripada kiri :- Wan Mohd Nor Muzailan, Salehuddin Mustapha, Khairul Faizi, Rozaimi Mutalib.
Bersiap sebelum masuk ke padang.
Sedang beraksi di posisi pertahanan sebelah kiri pasukan
——————————————
Saya mula belajar memegang kayu hoki pada tahun 1984 ketika penghujung darjah lima dan seterusnya mewakili sekolah rendah pada tahun 1985. Ayah saya yang juga merupakan jurulatih di sekolah adalah merupakan bekas penjaga gol pasukan hoki negeri Johor.
Saya sebenarnya lebih cenderung kepada bolasepak namun apabila saya masuk ke alam sekolah menengah ayah saya telah melarang saya daripada meneruskan pejuangan dalam bolasepak dan telah menghadiahkan sebatang kayu hoki ketika masuk ke Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) di Ipoh.
Maka, saya memberikan komitmen kepada sukan hoki sehingga bejaya mewakili pasukan Majlis Sukan-sukan Negeri Perak pada tahun 1990 yang diadakan di Pandamaran, Kelang. Ayah saya telah hadir untuk menyaksikan saya beraksi ketika itu dan saya kira saya telah menunaikan hasratnya.
Namun, keputusan SPM yang tidak baik menyebabkan saya telah dilarang pula untuk bermain hoki ketika di UTM Kuala Lumpur.
Itulah kisah ringkas sejarah sukan hoki yang saya lalui. Kembalinya saya ke Stadium Sultan Azlan Syah baru-baru ini memberikan kenangan manis kepada saya. Setidak-tidaknya, saya akan kembali lagi ke sana pada tahun hadapan.












Zaman sekolah adalah antara zaman terindah.. Tak sangka tuan adalah pemain hoki yang hebat!
zaman kegemilangan…:-)
EDYES - 22 Julai 2010 - 2.32am
Salam tuan, minta bagi laluan terhadap artikel ini
Terima Kaseh