Futsal Bersama Anak Muda di Parit Raja, Johor

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan…

Alhamdulillah, sempat juga saya meluangkan masa pada malam tadi untuk bersama anak-anak muda di Parit Raja untuk bermain Futsal. Jika ikutkan rasa hati memang terasa berat juga untuk ke gelanggang Futsal di Parit Raja ini tetapi program pada malam ini adalah program untuk saya bertemu dengan anak muda maka saya kuatkan juga hati.

Alhamdulillah, walaupun terlewat sedikit kerana terpaksa melayan perut yang meragam namun sempat juga saya menjejakkan kaki ke gelanggang tersebut sebanyak dua kali. Itupun, dah rasa macam nak pitam sahaja dibuatnya sehingga terpaksa ‘angkat bendera putih’ apabila diajak bermain perlawanan yang ketiga.

Apapun, saya melihat bahawa PAS semakin dekat di hati anak-anak muda di Johor. Anak-anak muda yang datang daripada pelbagai latar belakang telah ‘berani’ untuk hadir ke dalam program kami ini dan ada di antara mereka yang masih lagi memakai seluar pendek semasa bermain.

Apa yang penting adalah bagaimana kita perlu memastikan bahawa anak-anak muda ini dapat kita dekati dan seterusnya diberikan kefahaman terhadap Islam. Saya percaya, mereka masih mampu untuk kita bentuk namun kita perlu memastikan tindakan susulan dibuat, bukan sekadar selesai segala-galanya selepas perlawanan berakhir.

Minggu hadapan Lajnah Sukan DPPNJ telahpun menyusun jadual untuk bermain Futsal dengan anak-anak muda di Muar pula dan saya telahpun mengosongkan jadual pada hari Rabu untuk turut serta nanti.

Mudah-mudahan Allah memberikan saya dan sahabat-sahabat kekuatan untuk terus mendekati anak-anak muda di Johor ini.

Wassalam.

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

25 Februari 2010, 3.22 pagi


RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.