Melawat Tujuh Buah PASTI Di Sarawak
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Alhamdulillah, semasa lawatan kerja saya ke Sarawak baru-baru ini bersama sdr Muslim Ismail, Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO Pemuda PAS Pusat, kami telah berkesempatan untuk melawat ke semua PASTI yang telah berjaya ditubuhkan di Sarawak.
Saya pernah diamanahkan sebagai Pengerusi Nazir PASTI Pusat dan pernah diamanahkan untuk membuat pemantauan ke PASTI yang pertama ditubuhkan di Sarawak iaitu PASTI Insani yang terletak di Matang Jaya, Kuching yang telah ditubuhkan dan mula beroperasi pada tahun 2005.
Walaupun agak perit juga untuk mewujudkan PASTI di sana namun di atas semangat perjuangan sahabat-sahabat di sana, hari ini sebanyak empat buah PASTI telah ditubuhkan di Kuching, dua buah di Miri dan sebuah di Bintulu.
Mudah-mudahan PASTI akan terus bersinar di bumi Kenyalang dan dapat menyuburkan Islam di kalangan masyarakat.
PASTI Insani, PASTI yang pertama ditubuhkan di Sarawak
Iklan pendaftaran PASTI diletakkan di sebuah masjid, walaupun sudah lebih dua bulan di situ tetapi masih tidak dicacatkan. jika di Johor, silap-silap tidak sampai sehari sudah hilang daripada pandangan.
Bersama anak-anak PASTI Al-Mukminin di Bintulu
Bergambar bersama sdr Azraie, penasihat PASTI Kawasan Bintulu.
Bersama sdr Muslim Ismail di PASTI Darul Ilmi, Kuching
PASTI Darul Ulum di Kuching
Bergambar bersama SUK DPP Sarawak, sdr Syamsul di PASTI Nurul Iman, Kuching
‘Singboard’ ke PASTI Amalulillah, Miri











Assalamualaikum.
Tiba-tiba sahaja berderai airmata melihat anak-anak PASTI di situ. InsyaAllah mereka benar-benar menjadi TUNAS ISLAM di Sarawak satu masa nanti.
Wa’alaikum salam…
Bila balik nanti boleh la join kami utk gerakkan PASTI di Johor