Johor Muflis 2012 : Kempen Selamatkan Johor!

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

Semalam, Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Tuan Haji Dzulkefli Ahmad telah mengadakan sidang media di Pejabat Agong PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur untuk memaklumkan bahawa satu kempen untuk selamatkan Johor daripada muflis pada tahun 2012.

Keputusan DPPNJ untuk menggerakkan kesedaran ini adalah kerana ia satu perkara yang perlu disedarkan kepada rakyat bahawa kerajaan Johor berkemungkinan akan jatuh muflis di atas beberapa tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Datuk Ghani Othman.

Soalan-soalan yang sering ditanya kepada saya dan teman-teman, apa yang sebenarnya berlaku sehingga Johor akan muflis?

1. Defesit kerajaan Johor sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010) dalam tempoh tiga tahun berturut-turut,

2. Hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008 dalam tempoh tiga tahun berturut-turut,

3. Hutang terkumpul Jcorp, anak syarikat kerajaan negeri Johor berjumlah RM4.032 bilion,

4.  Jcorp telah menerbitkan bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan negeri sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Jcorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009).Oleh itu, jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 ialah RM3.58 bilion.

Justeru DPPNJ melihat bahawa satu tindakan perlu dilakukan dengan segera walaupun ia pasti akan mengundang tekanan dan ugutan daripada pelbagai pihak yang tidak selesa dengan kempen yang akan diadakan ini. Lebih-lebih lagi, penghujung kepada kempen ini adalah penyerahan satu memorandum rakyat kepada Sultan Negeri Johor iaitu Baginda Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar.

Saya menyeru kepada semua rakyat negeri Johor untuk bersama-sama dengan kempen ini kerana ia adalah satu tanggungjawab yang cukup besar kepada kita untuk selamatkan negeri kita…negeri Johor.

DPPNJ akan membentuk satu jawatankuasa bertindak yang akan dianggotai oleh parti politik dan NGO yang berada di negeri Johor dalam masa terdekat ini.

Wassalam

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.