Di dada Karpal Singh ada ‘bulan’ - Nik Aziz

Di dada Karpal Singh ada ‘bulan’ - Nik Aziz | Print |
Harakahdaily

SHAH ALAM, 19 Dis: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan ‘di dada Karpal Singh ada bulan’, merujuk kepada lambang PAS adalah bulan.

Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.

Sebelum Nik Aziz, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz hari ini tetapi di antara Nik Aziz dan ‘Tok Guru Abdul Hadi’.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

“Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz…apa salahnya…saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini,” kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

RSS feed | Trackback URI

3 Comments »

2009-12-22 23:31:57

? ?????, ??????, ?????? ???????

 
Comment by MD Cialis
2009-12-23 13:25:35

Good article . Will definitely copy it to my blog.Thanks.

 
Comment by Sam
2009-12-23 21:15:06

“Sampai Ketitisan Darah Terakhir dan Langkah Mayat Saya Dulu Saya tidak akan bersetuju dengan perlaksanaan Hukum Hudud dan Pengistiharan Malaysia Sebagai Negara Islam”

Siapakah yang telah mengeluarkan kenyataan ini di TV dan akhbar-akhbar dalam dua tahun kebelakangan ini. Amat sedih dan keciwa kerana masih ada lagi rakyat malaysia yang tidak tahu berkenaan perkara tersebut, ditertawakan dan diperbodohkan….. Sedih betul..

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.