Permata Dari Hujung Benua Asia - Azhan Atan

Alhamdulillah, segalanya telahpun sampai ke akhirnya dan sdr Azhan telah dinobatkan sebagai juara Akademi Nasyid kali yang pertama. Cukup panjang perjalanan yang dipenuhi onak dan duri untuk mencapai kemanangan ini namun Allah telah memberikan yang terbaik buat sahabat saya ini.

Pada peringkat awal, beliau telah memaklumkan saya bahawa beliau akan menyertai pertandingan ini yang mana peringkat saringan telah dibuat di Johor Bahru. Walaupun sebenarnya saya ingin mencadangkan beliau dan saudara Nazri Jimat (Pengerusi Jabatan Kesenian DPPNJ) namun di atas faktor usia sdr Nazri tidak dikira layak untuk menyertai AN ini. Di Johor, kami ada ramai bakat seni dalam gerakan Islam ini seperti sdr Sh Fauzi Ali dan sdr Saiful Hidayat namun Azhan lebih dilihat berketerampilan kerana kemampuannya dalam bidang ini.

Saya telah dimaklumkan oleh beliau bahawa beliau dan sebuah pasukan Nasyid telah terpilih ke peringkat saringan akhir. Saya sememangnya memberikan sokongan tersebut memandangkan saya juga cukup sinonim dengan bidang ini.

Pada peringkat awal, saya cuba mengelakkan daripada mendedahkan siapa Azhan ini walaupun ada yang telah mendapatkan maklumat jawatan Azhan melalui blog lama saya. Setelah persembahan pertamanya yang disiarkan di dalam TV9 telah berjaya memukau hadirin, saya telah membina blognya, Suara Azhan Atan ‘http://azhan-atan.blogspot.com/’ yang kini dikendalikan oleh pembantu Azhan iaitu sdr Saiful Hidayat.

Sentiasa memberikan maklumat perkembangan prestasinya di AN bersama sahabat-sahabat di Johor, komitmen beliau dengan DPPNJ di Johor tidak diabaikan. Walaupun saya tidak berkesempatan untuk menonton secara langsung persembahan beliau di kaca TV termasuklah ketika Azhan dinobatkan sebagai juara malam tadi, selaku Ketua DPPNJ saya cukup rasa gembira dan bersyukur dengan kejayaan beliau.

Saya menerima banyak SMS dan panggilan telefon yang mengucapkan tahniah di atas kejayaan ini namun saya masih melihat ia adalah merupakan kejayaan kita bersama, berkat usaha dan doa kita semua.

Sempena malam merdeka ini, DPPNJ telah mengadakan XPDC Dakwah di Danga Bay, Johor Bahru dan apabila tiba di pejabat DPPNJ pukul 4.25 pagi ini barulah saya dapat melihat persembahan beliau melalui laman web TV9. Saya tahu ramai yang gembira termasuk Ust Norazli Taliban daripada Perak yang menelifon saya sejurus selepas Azhan diistiharkan menang.

Semoga dengan kemenangan beliau akan menyemarakkan semangat juang anak-anak muda di Johor untuk terus memartabatkan Islam. Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah mengundi sejak daripada peringkat awal lagi. Adik saya di Sabah, Azhar Kamil telah menghantar 70 SMS untuk pertandingan akhir ini. Saya yakin ramai lagi yang telah memberikan undian yang tidak terkira. Terima kasih juga kepada sdr Sabki Yusuf, SU DPPP yang telah memberikan kerjasama untuk memastikan pemuda-pemuda pejuang Islam di seluruh negara mengundi Azhan. Mudah-mudahan pengorbanan kalian akan mendapat keberkatan daripada Allah.

Khairul Faizi Ahmad Kamil

Pejabat Dewan Pemuda PAS Johor

31 Ogos 2008, 5.16 pagi

RSS feed | Trackback URI

2 Comments »

 
Comment by online
2010-01-05 03:56:17

Terima kasih untuk blog yang menarik

 
Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.