Catatan Kampus 1/2009
Alhmdulillah, walaupun pada mulanya rasa berat hati juga untuk kembali ke alam kampus tetapi apabila kuat seruan kawan-kawan seusia yang sama-sama berjuang untuk mencari ilmu di menara gading ini, karat-karat yang keras disekeliling hati dapat juga dikikis.
Saya tiba di kampus USM Pulau Mutiara ini pada 30 Disember November 009. Sampainya lewat sedikit daripada tahun lalu namun masih sempat lagi mengikut jadual yang ditetapkan.
Rasa gumbira mula dirasai apabila melihat kawan-kawan yang hadir daripada seluruh negara termasuk Sabah dan sarawak telah ramai yang sampai dengan penuh semangat dan keazaman untuk meneruskan pengajian di kampus ini.
Kursus intensif pada kali ini menemukan seramai 5,552 orang pelajar luar kampus yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana Muda dan Sarjana. Ada di antara kawan sekuliah saya sekuliah dengan saya berusia 64 tahun namun masih bersemangat untuk mencari ilmu di menara gading. Jumlah pelajar seramai ini telah ‘melumpuhkan’ sistem lalu lintas kampus induk USM ini selama beberapa jam kerana kemasukan jumlah kereta (termasuk saya) daripada pelajar luar yang sangat luar biasa. Namun, kerana sudah biasa dengan keadaan ini, pihak keselamatan dapat mengawal dengan baik tanpa berlaku apa-apa kejadian yang tidak diingini.
Kelas telah pun bermula semalam (1 Disember) dan akan berterusan sehinggalah pada 20 Disember 2009 nanti.
Sehingga ke hari pagi ini, sudah dua kali saya mendaki Bukit Jambul bersama sahabat-sahabat pendakian sejak tahun lalu dan azam tahun ini setidak-tidaknya mesti lebih daripada 10 kali pendakian saya ke BJ itu.
Konon-kononnya, saya sedang cuti belajar pada ketika ini namun aktiviti jamaah tetap juga akan diteruskan.
Juma lagi, perlu siapkan satu lagi tugasan untuk dihantar….
Wassalam
USM Pulau Pinang







Ayuh turun pertahankan Tuan Guru Nik Aziz!