Nurul Zalikah Telah Pergi Bertemu Ilahi…
Sejak menerima berita bahawa Nurul Zalikah telah kembali ke Rahmatullah, saya masih lagi belum mampu untuk meletakkan berita ini di luar kotak pemikiran saya. Masih lagi, teringat ketika mula-mula saya dimaklumkan sendiri oleh Ika melalui telefon bahawa aruah telah disahkan mengidap kanser.
Sejak saya kenal Ika semasa kempen Pilihanraya Umum ke 11 tahun 2004 yang mana ketika itu Ika ‘berkampung’ dengan rakan-rakannya di DUN Mahkota, Kluang dan saya menjadi calon PAS dan Ika masih tetap setia di sana selama dua minggu sehingga keputusan diumumkan. Ika pernah bersekolah di Sekolah Menengah (Asrama) Agama Johor di Kluang dan aruah memang sudah agak biasa dengan Kluang.
Selepas itu, beberapa kali dapat bertemu dengan aruah di dalam pelbagai program termasuklah ketika surau Kampung Barembang diruntuhkan daripada muka bumi, Ika turut hadir bersama rakan-rakannya.
Agak lama juga saya tidak menghubungi aruah walaupun tergerak juga hati untuk bertanya khabar beritanya. Beberapa kali saya dan isteri bercadang untuk menziarahi aruah di rumah keluarganya di Bandar Baru Uda, JB tetapi tidak kesampaian.
Berita terakhir saya terima daripadanya adalah berkenaan kesihatannya yang sudah beransur baik dan kemungkinan akan mula bekerja.
Selepas itu, saya dengan rutin hidup seperti biasa yang sibuk dengan dunia sendiri.
Apabila mendapat berita Ika sudah tiada, sudah tentu saya terkejut. Bukan tidak percaya dengan ketentuan Ilahi tetapi saya ingatkan Ika sudah pun pulih daripada kanser.
Namun, Allah lebih menyayanginya, pergi dalam usia yang muda tetapi hidup diwakafkan untuk berjuang untuk Islam dan mencari keredhaanNya.
Saya doakan aruah akan dilimpahkan RahmatNya, ameen…
Kita yang masih diberikan kesihatan dan nyawa ini perlu terus berjuang kerana kita tidak tahu bila kita pula yang akan pergi buat selama-lamanya,
Al-Fatihah untuk adinda Nurul Zalikah…
Sajak dibawah ini saya ambil daripada blog aruah,
klik http://zalikah.blogspot.com/2008/08/saya-dah-semakin-sihat.html
—————————————————–
Saya dah semakin sihat, Walaupun tak bebas kanser sepenuhnya.Saya dah boleh berjalan kaki jauh-jauh. Saya boleh pergi kerja… Doakan saya.
Saya nak berjuang
Saya nak pegang panji ALLAH
Saya nak jadi FrontLINE
Saya nak jadi Jiran RAsulullah saw di syurga
Setiap hari saya nak menatap wajah ALLAH
Saya mesti SIHAT,
Kaki saya ALLAH pinjamkan untuk berjalan ke jalanNYA..
Kaki saya juga boleh guna untuk sepak terajang orang yang ingkar…
Mata saya untuk melihat ALLAH..
Mata saya untuk cegah maksiat…
Tangan saya untuk memaut TALI ALLAH
Tangan saya untuk menulis dan menaip
Tangan saya boleh pukul orang jahat
Tangan saya untuk tunjuk JALAN mana boleh berjumpa ALLAH
Stamina saya mesti Utuh
Satamina saya untuk terus bekerja sampai saya berehat macam Arwah Ustaz Fadil Rehat… macam Pak Ismail dan Rasulullah saw rehat…
Saya tak nak rehat kat cni…. bagilah saya rehat kat cna…
Saya tak nak kena pukul kat sana…
Saya tak nak kene timah mendidih








Be strong, my friend !
Betul, selagi nyawa kami masih membakar, selagi tu gol dan misi kami patut diteruskan. Tanpa kesihatan, segala tdk akan menjadi lancar dan mungkin ‘ tidak boleh ’sama sekali.
Take care
ChoyHH
http://mylifecreation.blogspot.com/
info tentang kanser kat sini - Memahami Penyakit Kanser