- Laporan Polis Berkaitan Dengan Kes Curi Pasir oleh DPPNJ| Leave a Comment
Laporan Polis yang telah dibuat.
Saya telah membaca di dalam akhbar cetak The Star yang disiarkan pada 24 Jun 2010 bilangan 18589 yang menyiarkan berita bertajuk “Sand Pirates” ataupun “Lanun-lanun Pasir” di halaman 1 dan halaman 4. Berita yang disiarkan di dalam akhbar cetak ini telah melaporkan bagaimana pasir daripada negara Malaysia telah dibawa keluar setiap [...]
- Memorandum Kepada MB Johor| 1 Comment
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Pada sebelah pagi tadi, saya bersama sdr Nurain Sakib (YDP PAS Kluang) dan wakil-wakil penduduk di beberapa buah Kampung di Kluang telah hadir ke pejabat MB untuk menyerahkan satu memoradum yang mengandungi beberapa isu tempatan di sekitar Parlimen Kluang.
Selaku Penyelia Pusat Aduan Rakyat Zon Mahkota, saya berusaha untuk membantu masyarakat di Kluang [...]
- DAP Lebih Sayang Bahasa Melayu Daripada MCA| 1 Comment
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
DAP seringkali menjadi bahan ‘belasahan’ UMNO/BN apabila memperkatakan tentang Melayu. Tidak kiralah Tanah Melayu, Bahasa Melayu ataupun apa-apa yang ada kaitan dengan Melayu maka DAP pasti akan menjadi mangsa. Begitulah nasib rakan dalam Pakatan Rakyat yang terus diganyang oleh media arus perdana khususnya media bahasa Melayu yang akan terus memberikan serangan bertubi-tubi [...]
- Di antara ‘Hidup Melayu’, ‘Melayu Cemerlang’ dan ‘Allahu Akbar’| Leave a Comment
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan…
Tergerak jari-jemari saya untuk menulis walaupun mungkin hanya secara ringkas sahaja. Tidak lain hanya untuk mengambil ruang memberi pandangan terhadap cadangan Datuk Seri Idris Jusoh supaya slogan UMNO ditukar daripada ‘Hidup Melayu’ kepada ‘Melayu Cemerlang’. Alasan DS Idris kerana dalam era inovasi dan kreativiti, slogan Melayu Cemerlang diyakini lebih sesuai [...]
- Kisah 100 Ulama’ Akan Sertai UMNO & Pak Lah Imamkan Solat Berjamaah| Leave a Comment
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Saya merujuk ke laman Malaysiakini bertajuk ‘Asri belum putus sertai Umno’ yang mana berita tersebut telah merujuk kepada laman web Umno Malaysia yang menyiarkan berita daripada kenyataan Setiausaha Kerjanya iaitu Datuk Ab Rauf Yusoh yang menyebut bahawa Dr Mohd Asri Zainal Abidin bersama 100 ulama berkelulusan tinggi, termasuk Phd akan menyertai UMNO [...]
- Benarkah UMNO Johor Menolak Judi Sukan?| Leave a Comment
Asalamu’alaikum dan salam perjuangan…
Satu keputusan yang cukup berani apabila UMNO Negeri Johor membuat keputusan menolak Judi Sukan. Itu satu keputusan yang saya saya kira satu keputusan yang patut dicontohi oleh UMNO di negeri-negeri lain. Kalau ada pun bantahan yang dibuat ia adalah bersifat senyap-senyap ataupun disembangkan di kedai kopi betapa mereka tidak setuju dengan keputusan [...]
- No passado, agora e sempre apoiar Brasil! O Brasil vai ganhar!| Leave a Comment
Assalamu’alaikum dan salam pejuangan…
Awal pagi esok pasukan Brazil akan berhadapan dengan pasukan Korea Utara , pasukan ranking dunia ke 105 di stadium Ellis Park, Johannesburg. Ada rakan-rakan tanya saya kenapa belum buat apa-apa ‘posting’ tentang Piala Dunia Bolasepak. Sebenarnya, blog saya memang ‘mati’ daripada apa-apa cerita tentang bolasepak.
Sehingga ke hari ini, saya masih lagi belum [...]
- ADUN Malim Nawar, Perak Istihar Keluar DAP!| 1 Comment
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Satu lagi kejutan daripada ADUN Pakatan Rakyat! Mungkin itu yang akan disebut oleh massa kerana ia menambahkan lagi koleksi wakil rakyat PR yang mengambil tindakan keluar parti.
Ahli dewan undangan negeri Malim Nawar, Perak, Keshvinder Singh a/l Kashmir Singh dari DAP hari ini mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan parti DAP sebebtar tadi untuk menjadi [...]
- Ustaz Hassan Shukri : Semoga Allah Melimpahi Rahmat Ke Atas Rohmu…| Leave a Comment
Wajah Ustaz Hassan Shukri sebelum menerima Anugerah Tokoh Pemuda PAS - gambar Topeng Perak Unmasked
Ustaz Hassan Shukri menerima Tokoh Pemuda PAS tahun 2010 daripada Tuan Guru Nik Abdul Aziz semasa perasmian Muktamar Dewan Ulama’, Muslimat dan Pemuda PAS baru-baru ini - gambar Topeng Perak Unmasked
—————————————————-
Ustaz Hassan kutubkhanah organisasi, perlembagaan PAS - Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 15 [...]
- Al-Fatihah Untuk Ustaz Hassan Shukri| Leave a Comment
Allahyarham Ustaz Hassan Shukri
Allahyarham Haji Ismail Bin Ibrahim
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Setiap yang hidup pasti akan menemui kematian, itu adalah sesuatu yang perlu kita terima kerana kita juga akan mengikuti langkah tersebut satu hari nanti.
Apabila saya menerima SMS daripada sdr Suhaimie Abdul Aziz, SUK DPPP kira-kira pukul 3 petang tadi menyatakan bahawa Ustaz Hassan telah meninggal [...]
- Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat - Bermula Pada Hari Ini| Leave a Comment
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan…
Alhamdulillah, setelah bertolak daripada pejabat Agong PAS di Kuala Lumpur bersama-sama staf pejabat Pemuda PAS Pusat pada pukul 4.30pagi tadi, akhirnya rombongan kami seramai tujuh orang tiba di PUTIK di Pengkalan Chepa pada pukul 1.10 petang.
Pada asalnya, kami bercadang untuk bertolak lebih awal kerana ada tugas yang perlu disiapkan kerana inilah pertama [...]
- Majlis Perkahwinan : Carilah Keberkatan dan KeredhaanNya…| Leave a Comment
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan…
Bermula cuti sekolah membawa makna yang cukup istimewa kepada bakal pasangan pengantin baru kerana ramai yang mengambil kesempatan untuk melaksanakan majlis perkahwinan sempena cuti sekolah yang mana biasanya akan memudahkan sanak saudara untuk sama-sama meraikan majlis yang istimewa ini.
Saya tidak tahu berapa ribu majlis perkahwinan yang diadakan sepanjang dua hari ini di [...]
- Himpunan Aman di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru| Leave a Comment
LATEST UPDATE : 4 Jun 2010, 8.43pm.
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Hari ini diseluruh dunia, saya percaya, telah diadakan himpunan bagi membantah kerakusan dan kebiadaban regim Yahudi menyerang dan membunuh sukarelawan yang dalam misi perjalanan ke Gaza. Di Malaysia, beberapa lokasi seperti di Kuala Lumpur, Kota Bahru dan Johor Bahru telah diadakan himpunan yang sama.
Pada peringkat awalnya [...]
- Memantau Tumpahan Minyak di Pengerang, Johor| Leave a Comment
Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,
Pada hari Isnin yang lalu, saya bersama beberapa exco Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah hadir ke Pengerang untuk meninjau sendiri keadaan di sana selepas kes perlanggaran Kapal MT Bunga Kelana 3, sebuah kapal tangki Malaysia yang telah berlanggar dengan sebuah kapal kargo kira-kira empat batu nautika Barat Daya Tanjung [...]





