- Ucapan Idil Fitri Daripada Ketua Dewan Pemuda PAS Johor| Leave a Comment
Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan Salam Idil Fitri kepada seluruh muslimin dan muslimat khususnya yang berada di negeri Johor dan anak-anak Johor yang berada di perantauan. Hari Raya adalah merupakan hari kemenangan mengalahkan hawa nafsu dan kemenangan kerana berjaya melaksanakan perintah Allah SWT sepanjang [...]
- ELAUN CUTI BERSALIN GURU KAFA DI JOHOR DIHAPUSKAN, BAYARAN TERDAHULU MESTI DIPULANGKAN| Leave a Comment
KENYATAAN MEDIA
(24 Februari 2010, 10 Rabiul Awal 1431)
No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(07/10)
TAJUK
ELAUN CUTI BERSALIN GURU KAFA DI JOHOR DIHAPUSKAN, BAYARAN TERDAHULU MESTI DIPULANGKANDewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menerima satu salinan surat yang telah dikeluarkan oleh Bahagian Pendidikan Agama, Jabatan Agama Johor bertarikh 17 Februari 2010 dengan bilangan surat Bil (3) PPAJ/06/02/07(32) berkaitan dengan tindakan [...]
- KONSEP SEBENAR 1MALAYSIA DITERJEMAHKAN OLEH DATUK NASIR SAFAR DI MELAKA| Leave a Comment
KENYATAAN MEDIA
(3 Februari 2010, 18 Safar 1431)
No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(06/10)TAJUK
KONSEP SEBENAR 1MALAYSIA DITERJEMAHKAN OLEH DATUK NASIR SAFAR DI MELAKA
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) tidak terkejut dengan kenyataan yang telah dibuat oleh Datuk Nasir Safar, pegawai Khas kepada Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk seri Najib Tun Razak berkaitan dengan label yang telah diberikan kepada [...]
- RAFAK TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN ISKANDAR IBNI AL-MARHUM SULTAN ISMAIL| Leave a Comment
KENYATAAN MEDIA
(23 Januari 2010 , 7 Safar 1431)
No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(03/10)TAJUK
RAFAK TAKZIAH DI ATAS KEMANGKATAN SULTAN ISKANDAR IBNI AL-MARHUM SULTAN ISMAIL
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta anakanda-anakanda iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor Tunku [...]
- Himpunan Pertahan Kalimah Allah : Kenyataan Berbeza PM dan Ketua Polis Negara| 1 Comment
Apabila membaca kenyataan Ketua Polis Negara yang memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah esok agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil oleh pihak polis sebenarnya agak mengejutkan kerana ia bertentangan dengan kenyataan daripada Perdana Menteri.
Datuk Seri Mohd Najib Razak menyebut bahawa kerajaan tidak akan menghalang orang ramai [...]
- Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Johor| Leave a Comment
KENYATAAN MEDIA
(5 Oktober 2009 , 16 Syawal 1430)
No rujukan : PAS/DPP.12/2.07(01/09)TAJUK
TINDAKAN LEMAH TERHADAPAN ISU PEMBUANGAN 14 KEPING KAD PENGENALAN DI TAPAK PEMBUANGAN SAMPAH SANGAT DIKESALI
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor (DPPNJ) telah menyerahkan memorandum kepada Yang Berbahagia Datuk Jalaluddin Bin Abdul Rahman, Timbalan Ketua Polis Johor pada 19 Ogos 2009 berkaitan dengan [...]
- TERKINI! Laporan Polis Pemuda PAS Johor| 4 Comments
Hari ini Dewan Pemuda PAS Negeri Johor telah membuat satu laporan Polis di Balai Polis Skudai, Batu Sepuluh Johor Bahru berkaitan dengan penemuan 14 keping kad pengenalan bersama beberapa keping kad perwakilan UMNO oleh Sdr Za’aba Bin Haji Ibrahim, Ketua Pemuda PAS Kawasan Pulai pada 6 Jun 2009 lebih kurang pukul 6.15 petang di tempat [...]
- Gantung Permit Akhbar : Mukaddimah Kezaliman Era Baru UMNO/BN| Leave a Comment
HARAKAH KENA GANTUNG! Satu berita yang sebenarnya tidaklah mengejutkan saya kerana itu sudah menjadi jangkaan awal terutamanya gelombang rakyat sudah kian mengkelamkabutkan UMNO/BN ketika ini.
Tiga hari yang lalu ketika saya merasmikan mesyuarat Agong PemudaPASKulai, saya telah sebut bahawa pemuda perlu bersedia dengan pelbagai tindakan keras daripada UMNO/BN seperti mana yang mereka telah lakukan kira-kira sepuluh tahun [...]
- Kenyataan Media Presiden PAS| Leave a Comment
Oleh Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang
PAS mengikuti dengan penuh teliti perkembangan terbaru yang melibatkan Presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia. Walaubagaimanapun PAS menganggap bahawa keputusan Presiden Umno Dato’ Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden Umno dalam Perhimpunan Agung Umno Mac depan lebih sebagai suatu masalah dalaman bagi parti tersebut.
Saya berharap [...]
- Perutusan Khas Presiden PAS Sempena Ramadhan Al-Mubarak| Leave a Comment
Perutusan khas sempena Ramadan al-mubarak - Harakahdaily
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Aug 31, 08 | 6:55:49 am MYTUmat Islam seluruh dunia termasuk di Malaysia menyambut kedatangan bulan yang paling mulia dalam kalendar Islam, Ramadan al-Mubarak dengan penuh kegembiraan dan keinsafan.
Ia bukan sekadar bulan diwajibkan berpuasa tetapi lebih penting pada bulan [...]
- Memorandum Bantahan Konsert Inul Daratisata| Leave a Comment
Alhamdulillah, memorandum bantahan terhadap konsert Ratu Dangdut Goyang Gerudi, Inul Daratista telah berjaya diserahkan pada pukul 10.30 pagi tadi kepada wakil MB Johor.
Kehadiran kami telah disambut dengan baik dan dimaklumkan kepada kami bahawa MB Johor ketika ini berada di Kuala Lumpur.
Maklumat yang diperolehi dalam pertemuan tadi, konsert tersebut belum mendapat apa-apa kebenaran daripada Majlis Bandaraya [...]





