Bebaskan Semua Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

KENYATAAN MEDIA

03 September ’10 / 24 Ramadhan 1431

BEBASKAN SEMUA TAHANAN Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) melahirkan rasa kesyukuran di atas pembebasan seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu Shamsuddin Sulaiman yang sebelum ini telah ditangkap pada 17 April 2002 dan ditahan sejak 13 Jun 2002 di atas tuduhan kerana terlibat dengan Jemaah Islamiah (JI) Malaysia.  Mengikut Pengarah Pasukan Petugas Khas Bukit Aman, Datuk Mohamad Fuzi Harun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, beliau dibebaskan dengan alasan tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara dan pembebasan itu dibuat atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Sudah tentu jangka masa selama lapan tahun ditahan di bawah ISA dengan tanpa melalui proses perbicaraan dan tanpa membuktikan kesalahan yang dilakukan adalah merupakan satu jangka masa yang lama dengan memisahkan beliau daripada keluarga dan ia adalah merupakan satu bentuk kezaliman yang berterusan dilaksanakan oleh pemerintah. Alasan ‘tidak lagi menjadi ancaman kepada keselamatan negara’ adalah hujah yang sangat lemah sedangkan selama lapan tahun beliau ditahan masih tidak terbukti lagi apakah sebenarnya kesalahan yang telah dilakukannya.

DPPP secara konsistennya membantah perlaksanaan ISA terhadap mana-mana rakyat di Malaysia kerana ISA adalah akta yang zalim kerana ISA membenarkan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dengan aktiviti yang dianggap boleh mendatang kemudaratan kepada negara ditahan oleh polis selama 60 hari berturut-turut dengan mendapatkan kelulusan daripada Menteri Dalam Negeri. Selepas 60 hari, seseorang tahanan itu jika didapati masih mampu mendatangkan kemudaratan maka dengan kuasa Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri boleh menahan tertuduh selama dua tahun tanpa melalui perbicaraan di mana-mana mahkamah. Kuasa yang diberikan kepada menteri ini semakin bertambah apabila pada tahun 1989 akta ISA telah dipinda untuk memberikan kekebalan kepada Menteri Dalam Negeri daripada disiasat oleh makkamah dalam menentukan keputusannya terhadap tahanan ISA. Mahkamah hanya dibenarkan untuk melihat semula hanya perkara-perkara teknikal sahaja berkenaan sebarang penahanan di bawah ISA.

Ketidaksesuaian ISA juga telah mendapat perhatian serius Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) yang memandang berat terhadap penggunaan penahanan tanpa perbicaraan dan telah berulangkali menyarankan supaya tahanan ISA dibebaskan atau didakwa mengikut kesalahan mereka dengan menegaskan bahawa tindakan menahan seseorang tanpa sebarang perbicaraan adalah salah kerana bercangggah dengan Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) yang memberi penekanan terhadap hak kepada nyawa, kebebasan dan keselamatan diri.

Dalam satu kajian SUHAKAM bertajuk “Review of The Internal Security Act 1960” yang dikeluarkan pada tahun 2003 telah membuat cadangan kepada kerajaan supaya meminda ISA. Cadangan tersebut adalah berdasarkan dua perkara yang disandarkan kepada perspektif hak asasi manusia. Pertama, ada kebimbangan dalam hubungannya dengan syarat-syarat ISA yang dipercayai bahawa mereka melanggar prinsip-prinsip hak asasi manusia. Perkara yang kedua, ada keprihatinan berhubung dengan pelaksanaan peruntukan ISA.

Malah, Suhakam bukan sahaja mahu ISA dipinda tetapi mendesak agar ISA dibubarkan. Pengerusi baru Suhakam iaitu Tan Sri Hasmy Agam telah membuat cabaran kepada semua rakyat Malaysia seandainya tidak mahu ISA maka bersatu menentangnya dan Suhakam telah dan akan terus mendesak agar ISA dibubarkan. Beliau menegaskan bahawa ISA adalah akta tinggalan sejarah memandangkan darurat telah berakhir dan tidak ada lagi komunis justeru mengapa ISA perlu dikekalkan.

Maka, DPPP mendesak agar kerajaan Malaysia membebaskan kesemua tahanan yang sedang ditahan di bawah akta zalim ISA ini dan dakwa kesemua tahanan di mahkamah untuk membuktikan kesalahan yang telah mereka lakukan.

Disediakan Oleh

Khairul Faizi Bin Ahmad Kamil

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat

Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional dan Hubungan NGO DPPP

Salam Idilfitri…

Cops high-handed, PAS complains to Suhakam - Malaysiakini

PAS has submitted a memorandum to the Human Rights Commission (Suhakam) over the alleged high-handedness of the police in stopping a Pakatan Rakyat ceramah in Sungai Tongkang, Batu Pahat on Aug 1.

Johor PAS YoutNONEh chief Khairul Faizi Ahmad Kamil (right in photo), who handed the memorandum to commissioner Muhammad Sha’ani Abdullah today, claimed that the police had trespassed into PAS premises, destroyed doors and chased away participants without reason.

“The police blocked roads in the vicinity of the ceramah and Federal Reserve Unit (FRU) personnel were stationed there to scare away supporters. Police beat up teenagers who were just sitting nearby. The FRU also released tear gas when there was no violence,” he claimed.

The organisers were forced to stop the event barely five minutes after it began.

Said Khairil: “We demand that Suhakam investigates this. On what basis did the police trespass on private premises? And why did they chase away supporters and Pakatan leaders?”

Khairul also urged Suhakam to find out why Batu Pahat chief police officer Ibrahim Mohd Aris appears to have different signatures.

“His signature on the letter in which he rejected our application for the ceramah permit in Sungai Tongkang is different from that on another application, which was approved (for an event) in Batu Pahat. Was this signed by the same person or by other people?”

‘Why the arrests?’

In another development, PAS submitted a second memorandum against arrests made during the Federal Land Consolidation and Rehabilitation Authority (Felcra) settlers’ assembly at Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada), Pasir Salak on July 31 and Aug 1.

Sixteen people were arrested, three of them for allegedly possessing weapons and obstructing police personnel.

NONEOrganiser and PAS central working committee member Mazlan Aliman (in batik shirt) said the assembly was to talk about the problems faced by the settlers and that it was held on private premises.

“We had obtained permission from the owner. We had also restricted the number of participants and the place had been used for ceramah before. So I don’t see why the police had to arrest the 16 and create a disturbance,” he told Muhammad Sha’ani.

“The police arrested people outside the premises who were wearing the PAS T-shirt or driving a car with the PAS sticker. They took the participants’ Mykad without saying whether they would face charges and without identifying themselves as enforcement personnel.”

He said that PAS’ application for a permit had been rejected.

“It is not fair that the police keep rejecting our applications and use violence to disperse every assembly that we hold,” he added.

“Aren’t we allowed to have any freedom to talk and assemble at all? Why don’t the police give us a place where we can assemble instead?”

Release rest of ISA detainees, urge groups - Malaysiakini

While non-governmental organisations and PAS Youth welcomed the release of Shamsuddin Sulaiman, they want the government to release the rest of the detainees being held under the Internal Security Act (ISA).

Suaram, the Abolish ISA Movement (GMI), Amnesty International Malaysia (AIM) and PAS Youth issued statements today calling for the review and abolition of the repressive law, which allows for detention without trial.

azlanAIM executive director Nora Murat said the government should uphold the rights and freedoms of all citizens and review all legislation that are contrary to human rights.

“The ISA has served to extend executive powers and remove detainees’ right to legal protection or representation. It is contrary to the fundamental principles of international law,” she said.

GMI and Suaram also jointly called for the government to respect the people’s demand.

“All laws providing for detention without trial should go immediately,” Suaram coordinator E Nalini said, adding that the government should also pay damages to all ISA detainees who were unlawfully detained.

PAS Youth secretary Khairul Faizi Ahmad Kamil joined the calls to the government to release all ISA detainees.

“The government should charge them in court to prove their guilt, rather than detain them indefinitely, without having to prove if any crime had been committed,” he said.

Based on a study by Suhakam titled “Review of the Internal Security Act 1960″ released on 2003, Khairul said, that the law should be amended because it violated human rights principles and its enforcement was of concern.

“In fact, the new Suhakam commissioner, Hasmy Agam, had said that the ISA should be abolished because the law is a remnant of history and there are no more communists now,” he said.


Shamsuddin placed under restriction order


Suaram, GMI and AIM consider Shamsuddin’s release as “only partial” as he has been put under a restriction order.

NONE“We question the decision to put him under supervision, with restrictions on his movements,” Nora said.

Yesterday, Shamsuddin, the longest serving ISA detainee, was released after being detained since 2002.

He spent eight years in detention over alleged links with Jemaah Islamiah.

The home minister released him, saying Shamsuddin was no longer a threat to national security as he had shown signs of repentance.

No further explanation was given on the nature of the “threat” or his release by the authorities.

Beri peluang Islam tangani penyakit masyarakat - Harakahdaily

Beri peluang Islam tangani penyakit masyarakat - Harakahdaily

Mat Zain Mat Isa

Bagaikan bermusim, kes-kes pembuangan bayi kembali menjadi sajian harian di dada media. Pelbagai pihak yang prihatin tentang penyakit sosial yang semakin kronik itu seolah buntu dan mati akal memikirkan kaedah menanganinya.

Penubuhan pusat bayi terbuang bagaikan tidak memberikan apa-apa kesan mengurangkan gejala itu. Sebaliknya, semakin kerap rayuan mendayu-dayu para artis kita diulangsiar lewat media elektronik, semakin menjadi-jadi pula kes penemuan bayi terbuang.

Keputusan Kabinet minggu lalu agar kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh juga tidak cukup menggerunkan pelakunya. Buktinya, di luar sana saban hari ada bayi dibuang. Ada dicampak ke dalam longkang atau tong sampah, disumbat dalam pembetung atau mangkuk tandas.

Ada dijumpai terapung di sungai, dibungkus dalam beg plastik dan disangkut di pagar, ditinggal di atas rumput, dihurung semut dan diratah nyamuk. Malah ada yang ditemui sisa sahaja dipercayai telah dibaham anjing.

Mengikut fakta terkini dilaporkan media, sepanjang lima tahun ini 472 kes pembuangan bayi direkodkan. Sebahagian besar bayi ditemui itu sudah mati. Anggaplah jumlah yang tidak ditemui jauh lebih besar. Ada yang mungkin sudah ditanam, dibakar atau hancur dimamah faktor alam.

Tahun ini saja, setakat minggu lalu sudah tercatat 65 kes pembuangan bayi. Ia peningkatan ketara berbanding 79 kes sepanjang setahun lalu. Kita masih ada lebih empat bulan berbaki. Tidak mustahil jumlah tahun ini mampu mencecah 100 kes.

Terbukti setakat ini apa jua kaedah penyelesaian dicuba gagal membendung peningkatan gejala ini. Sebagai penganut Islam, mengapa tidak kita akui bahawa unsur yang ‘hilang’ (the missing elemen) dalam merangka kaedah penyelesaian kes buang bayi ini ialah ajaran Islam itu sendiri.

Masalah utama kita dengan pelaksanan Islam ialah apabila penganut agama ini sendiri cuak dan ragu dengan keupayaan Islam menyelesaikan masalah masyarakat. Keraguan itu mungkin timbul ekoran kelemahan dan kesilapan manusia yang sebelum ini melaksana atau mencuba formula Islam, tetapi gagal. Ia juga mungkin satu strategi terancang musuh Islam membentengi masyarakat daripada menaruh keyakinan terhadap kaedah penyelesaian dianjurkan agama suci ini.

Negara kita tidak kurang pakar dalam pelbagai bidang, termasuk pakar sosiologi, psikologi dan segala macam ilmu berkaitan kecenderungan manusia. Kita juga ada ilmuan Islam yang mampu menggarap lautan sumber hukum dan merumuskan pendekatan Islam ke atas setiap permasalahan. Kepakaran mereka boleh digabung-jalin bagi mencari formula terbaik.

Setakat ini langkah-langkah dikemukakan pelbagai pihak lebih ke arah merawat atau membasmi gejala membuang bayi, bukannya mencegah puncanya. Sedangkan masalah sebenar ialah punca yang membawa kepada kewujudan anak yang tidak diingini itu.

Secara rasional kita boleh bersetuju bahawa 100 peratus bayi yang menjadi mangsa pembuangan ialah yang dilahirkan tanpa nikah. Maka secara logiknya pembuangan bayi boleh dibanteras dengan mencegah kehamilan luar nikah.

Bagi umat Islam, langkah utama pencegahan itu ialah dengan kembali kepada kehidupan beragama. Islam bukan sahaja mengharamkan perbuatan zina (seks luar nikah), malah melarang umatnya menghampiri zina. Ini menunjukkan bahawa sebarang perkara yang boleh menjurus kepada menghampiri zina mestilah dijauhi atau ditiadakan.

Di antara perbuatan menghampiri zina ialah pergaulan bebas. Di antara medan paling subur untuk pergaulan bebas dan seks luar nikah ialah konsert dan pusat hiburan.

Selagi ada hiburan tanpa batasan, akan ada pergaulan bebas yang selalunya diiringi penyalahgunaan dadah dan berakhir dengan seks bebas. Gejala itu bakal menyumbang kepada meningkatnya kes kelahiran anak luar nikah.

Jika diteliti fakta anak luar nikah didedahkan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) awal tahun ini, jumlah 17,303 untuk setahun lalu bersamaan kira-kira 48 kes sehari. Itu bermakna kes kelahiran anak luar nikah di negara kita sepanjang tahun lalu secara purata berlaku setiap 30 minit.

Akuilah bahawa membendung perkara ini memerlukan komitmen semua pihak, terutama pihak berkuasa. Ia tidak mampu dibuat menerusi gigi dan lidah sahaja, tetapi memerlukan tindakan tangan yang menggenggam kuasa.

Hanya dengan kuasa pemerintahan dapat diperbetulkan kepincangan masyarakat. Antaranya, meminda undang-undang yang menganggap melakukan hubungan seks haram dengan kerelaan kedua-dua pihak bukanlah suatu jenayah.

Sudah lebih 50 tahun rakyat memberi peluang kepada Umno mengurus negara. Gejala sosial dan masalah merosakkan akidah umat Islam nampaknya bukan sahaja tidak dapat diatasi, malah semakin meruncing.

Fahaman memisahkan agama dengan politik dianuti parti itu menyebabkan pemimpin negara tidak berfikir sebagai orang beragama. Sebaliknya mereka menjadi penganjur acara hiburan dan pergaulan bebas. Mereka juga mempertahankan undang-undang yang tidak kondusif terhadap pencegahan maksiat dan hubungan terlarang.

Rakyat sepatutnya berhenti dari terus berharap Umno tampil dengan kaedah penyelesaian yang hakiki. Sudah sampai masanya rakyat memberi peluang kepada pihak lain pula, terutama pihak yang ikhlas mengemukakan Islam sebagai kaedah penyelesaian permasalahan masyarakat

Pemuda PAS sambut baik Pemuda Gerakan bincang hudud - Harakahdaily

Pemuda PAS sambut baik Pemuda Gerakan bincang hudud - Harakahdaily
Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 25 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) menyambut baik kesediaan Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang yang telah memberikan persetujuan untuk mengadakan perbincangan bersama berkaitan dengan hudud.

Setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kenyataan Keng Liang hadir setelah DPPP mengeluarkan satu kenyataan media sebelum ini yang telah menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan mana-mana pihak bagi mendapatkan penjelasan mengenai hudud.

“Kenyataan beliau mengenai hudud yang tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia yang telah disiarkan di dalam laman web Malaysiakini sebelum ini telah mendapat perhatian DPPP apabila beliau telah mengulas berkaitan dengan kesediaan untuk mengadakan pertemuan tersebut melalui laman Facebook,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, katanya, Keng Liang telah menegaskan yang PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada.

Antara kenyataan beliau lagi: ‘Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina’.

DPPP, kata Khairul Faizi menghormati pandangan itu yang mana DPPP percaya ianya telah dikongkong oleh kekurangan ilmu dan maklumat tentang hukum hudud serta ditambah lagi dengan gambaran negatif yang telah dikemukakan oleh pemimpin Umno sebelum daripada ini tentang kononnya undang-undang hudud zalim dan sudah tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang.

“DPPP akan mengaturkan pertemuan dengan beliau dalam masa terdekat dan dijangkakan pertemuan tersebut akan berlaku selepas bulan Ramadhan ini.

“DPPP melihat langkah yang dibuat oleh Tan Keng Liang amat bertepatan sama sekali dan amat wajar dicontohi oleh pemimpin-pemimpin yang masih kabur dan bimbang dengan undang-udang hudud ini,” ujarnya lagi.

DPPP juga, katanya ingin mendapatkan gambaran daripada beliau tentang hukum hudud daripada pandangannya.

“Mudah-mudahan pertemuan ini akan mencambahkan pemikiran dan segala kekeliruan berkaitan isu ini dapat dileraikan dan kemudiannya dapat melihat betapa indah dan adilnya hukum yang Allah SWT tetapkan kepada manusia demi menjaga kesucian, keharmonian dan peradaban sesama makhluk ciptaan Allah,” ujar Khairul Faizi lagi.

Perbalahan UMNO-MCA bukti kegagalan 1Malaysia - Sinar Harian

Perbalahan UMNO-MCA bukti kegagalan 1Malaysia - Sinar Harian

SHAH ALAM - Perbalahan dalam kalangan pemimpin UMNO berhubung kenyataan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek semasa Kongres Ekonomi Cina (KEC) baru-baru ini menunjukkan kegagalan konsep 1Malaysia yang dicanang oleh Perdana Menteri.

Setiausaha Dewan Pemuda Pas Pusat, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, kongres yang sepatutnya memberikan impak ekonomi positif kepada semua lapisan masyarakat bertukar ‘tragedi’ setelah membuat resolusi menuntut ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam semua sektor ekonomi dikurangkan secara berperingkat.

Menurutnya, kongres bertajuk Peranan Masyarakat Cina Dalam Mencapai Matlamat Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh itu juga meminta kerajaan mengamalkan sistem tender terbuka dalam penawaran kontrak kerajaan agar persaingan adil dan tidak berat sebelah dalam perniagaan tempatan dapat dicapai.

“Tuntutan itu adalah antara 12 deklarasi yang terkandung dan diluluskan dalam kongres berkenaan. Agak memeranjatkan apabila Dr Chua mempertahankan 12 resolusi yang diluluskan dengan menyatakan bahawa kongres berkenaan langsung tidak menyentuh hak istimewa masyarakat Melayu.

“12 resolusi KEC ini menimbulkan pertikaian dan pertikaman lidah di antara kepimpinan MCA dengan UMNO serta beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian, semalam.

Khairul Faizi berkata, berikutan perkara itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin memberi amaran kepada MCA supaya jangan terlalu ghairah menjuarai kepentingan dan tuntutan kaum sendiri sehingga menjejaskan kestabilan dan keharmonian antara kaum di negara ini.

“Presiden MCA pula sebaliknya mengingatkan beliau bahawa keadaan sosioekonomi Malaysia telah berubah dan tidak perlu baginya mengungkit lagi pertumpahan darah 13 Mei 1969.

“Melihat kepada perbalahan itu, jelas terdapat kepincangan dalam Konsep 1Malaysia yang kononnya mendapat sambutan daripada rakyat, tetapi sebenarnya konsep yang rapuh kerana masih menimbulkan percanggahan minda dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN) sendiri,” katanya.

Beliau berkata, konsep 1Malaysia adalah satu slogan untuk menipu rakyat supaya kembali berpaut kepada UMNO atau BN terutama masyarakat Cina dan India, sedangkan masalah utama yang menimbulkan perselisihan serta perbalahan kaum tidak diselesaikan.

Sekitar Pelancaran Kempen Membantah Saman Ekor

Kempen 1 juta tandatangan bantah saman ekor - Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri
Ogos 23, 10
1:49pm

Dewan Pemuda PAS pusat (DPPP) hari ini melancarkan kempen mengutip satu juta tandatangan untuk membantah saman ekor.

Pelancaran tersebut akan diadakan di bazar Ramadan Pasar Keramat pada jam 5.30 petang ini oleh Ketua Dewan Pemuda PAS, Nasrudin Hassan.

Hadir sama ialah setiausaha DPPP yang baru, Khairul Faizi Ahmad Kamil dan tujuh pemimpin Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Selepas pelancaran tersebut, Nasrudin menemui para pengunjung dan peniaga di bazar tersebut untuk mendapatkan tandatangan tanda sokongan mereka terhadap kempen tersebut.

Sebelum ini, beliau memberitahu sidang akhbar bahawa pihaknya mensasarkan kira-kira 1,000 tandatangan di bazar tersebut hari ini.

DPPP melancarkan kempen tersebut sebagai sokongan kepada usaha naib presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar menentang saman ekor.

Ia ekoran kesukaran untuk memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka yang telah disenaraihitamkan dalam saman ekor.

Mahfuz yang juga ahli parlimen Pokok Sena adalah pengerusi Jawatankuasa Anti-Saman Ekor (Kase).

Ekoran desakan kuat aktivis dan parti pembangkang, kerajaan telah memutuskan untuk membenarkan mereka yang disenaraihitamkan itu membaharui lesen dan cukai jalan tanpa perlu membayar saman ekor sehingga Februari tahun depan.

Bagaimanapun, mereka tidak dikecuali daripada membayar saman ekor tersebut.

Nasrudin berkata, kempen hari ini akan diikuti dengan pelancarannya di peringkat negeri-negeri bagi merealisasikan kutipan 1 juta tandatangan untuk diserahkan bersama satu memorandum kepada kerajaan.

1,000 tandatangan dikumpul bantah saman ekor - Harakahdaily
Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 23 Ogos: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berjaya mengumpul seribu tandatangan rakyat dalam pelancaran kempen tandatangan membantah saman ekor di bazar Ramadhan Keramat, petang tadi.

Kempen yang berlangsung kira-kira satu jam itu diketuai oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan turut diiringi setiausahanya, Khairul Faizi Ahmad Kamil.

Bercakap kepada pemberita sebelum mengedarkan borang tandatangan kepada pengunjung bazar berkenaan, Nasrudin berkata, DPPP mengambil inisiatif mengumpul tandatangan itu kerana mendengar banyak rintihan rakyat yang menjadi mangsa kepada saman ekor.

“Saman ekor yang dikenakan terhadap pengguna jalan raya ini merupakan satu kezaliman dan penindasan pihak berkuasa terhadap rakyat.

“Sepatutnya setiap orang yang didakwa bersalah perlu diberi membela diri, bukan terus mengenakan hukuman dan akhirnya rakyat yang terpaksa menaggung beban,” kata Nasrudin.

Beliau berkata, pihaknya akan mengumpul sebanyak mungkin tandatangan dengan turun ke setiap negeri dan akan dilampirkan bersama memorandum untuk diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Sementara itu, Khairul Faizi berkata, meskipun kerajaan telah mengumumkan untuk menangguhkan saman ekor sehingga bulan Februari ahun hadapan, ini tidak bererti ianya telah dihapuskan terus.

“Kemungkinan besar saman ekor akan diteruskan kembali selepas Februari 2011. Kami mengharapkan agar saman ekor ini akan terus dihapuskan selepas dari tarikh tersebut,” katanya.

Pengunjung dan penjual di bazar berkenaan memberikan respons yang baik terhadap DPPP sewaktu mengedarkan borang tandatangan itu dan kempen berkenaan juga tidak diganggu pihak polis walaupun ada beberapa orang anggotanya dilihat meronda di kawasan berkenaan.

Perlu Segera Beri Penjelasan Kepada Ketua Pemuda Gerakan Kedah Tentang Hudud

Adakah hukum Hudud adalah undang-undang yang zalim?

View Results

Loading ... Loading ...

Assalam’alaikum dan salam perjuangan,

Saya tertarik dengan berita yang baru sebentar tadi disiarkan oleh laman web Malaysiakini tentang kenyataan Pemuda Gerakan Kedah yang menyatakan bahawa Hudud adalah ‘impian’ peribadi Tuan Guru Nik Aziz.

Ketuanya, Tan Keng Liang (gambar atas) memberikan penjelasan dengan menegaskan PAS harus sedar bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang jenayah telah diperuntukan di bawah Kanun Keseksaan yang sedia ada.

Beliau menyebut bahawa :-

“Negara kita, yang terdiri daripada rakyat berbilang kaum dan agama, telah kian lama menolak perlaksanaan hukum hudud. Antara hukum hudud adalah hukuman potong tangan bagi pencuri dan rejam bagi penzina”

Saya menghormati pandangan beliau yang saya percaya telah dikongkong oleh kekurangan ilmu dan maklumat tentang hukum hudud serta ditambah lagi dengan gambaran negatif yang telah dikemkakan oleh pemimpin UMNO sebelum daripada ini tentang kononnya undang-undang hudud ini zalim dan sudah tidak sesuai dilaksanakan pada zaman sekarang.

Saya akan mencadangkan kepada Ketua Pemuda PAS untuk mengadakan pertemuan dengan beliau bagi menjelaskan tentang hukum hudud ini. Penjelasan tentang hudud perlu di buat walaupn di sana terdapat golongan yang cukup bimbang dan takut sekiranya ia akan dilaksanakan di atas beberapa faktor yang pelbagai.

Wassalam.

Khairul Faizi Ahmad Kamil

Bonus RM 400 Untuk Kakitangan Awam Pulau Pinang

Wajarkah kerajaan Malaysia memberikan bonus kepada kakitangannya pada tahun 2010?

View Results

Loading ... Loading ...

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan.

1. Tahniah kepada kakitangan awam negeri Pulau Pinang kerana bakal menerima bonus Hari Raya daripada kerajaan negeri tidak lama lagi sebelum menjelangnya Idil Fitri.

2. Sudah tentu ia adalah khabar gembira kepada kakitangan yang telah memberikan komitmen yang terbaik selama ini untuk membangunkan negeri.

3. Sama ada banyak atau sedikit jumlahnya bukanlah menjadi persoalannya tetapi ia adalah satu pemberian daripada kerajaan yang prihatin dengan kakitangannya.

4.Persoalannya, wajarkah kerajaan memberikan bonus kepada kakitangannya dalam keadaan ekonomi yang sedang gersang ketika ini?

5. Sudah tentu, pemberian bonus perlu mengambil kira kepada faktor yang pelbagai untuk tidak membebankan kerajaaan dan juga kakitangannya seperti yang sering dikatakan ‘win-win situation’.

6. Semoga kerajaan negeri yang lain khususnya negeriku Johor Darul Takzim juga akan mengambil inisiatif yang sama untuk mengurangkan beban yang sedang ditanggung oleh rakyat lebih-lebih lagi kerajaan yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat.

7. Bagi kakitangan awam yang berkhidmat dengan kerajaan Malaysia, berdoalah agar terbuka hati pemimpin negara untuk mengeluarkan bonus yang sama kepada anda semua walaupun harapannya tinggal senipis kulit bawang.

Wassalam.

Khairul Faizi Ahmad Kamil

Kakitangan awam Pulau Pinang dapat bonus RM400 - Malaysiakini

Ogos 18, 10 7:42pm

Semua 3,577 kakitangan awam di Pulau Pinang akan menikmati bonus istimewa RM400 bagi menyambut Aidilfitri.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan dari Pejabat Ketua Menteri, geran kewangan istimewa yang membabitkan perbelanjaan RM 1.5 juta diluluskan oleh exco kerajaan negeri Pulau Pinang hari ini.

Pembayaran RM400 itu akan dibuat pada 3 September ini, iaitu kira-kira seminggu sebelum Aidilfitri.

“Pembayaran istimewa sekaligus sebanyak RM400 sempena Aidilfitri tahun ini menunjukkan bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang menghargai perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang.

“Exco negeri Pulau Pinang berharap penjawat awam negeri akan terus berazam untuk bekerja lebih gigih untuk meningkatkan lagi kualiti sistem penyampaian dan memberi perkhidmatan lebih baik,” kata ketua menterinya, Lim Guan Eng.

Menurut Lim, sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran, usaha yang jitu lagi berterusan dilaksanakan bagi mencorakkan penjawat awam profesional ke arah bertaraf dunia.

Katanya, Pulau Pinang tidak mampu untuk melonjak kepada status Bandaraya Antarabangsa tanpa usaha penjawat awam negeri memacu ke arah menjadi penanda aras antarabangsa.

Tindakan populis ini bukan yang pertama diambil oleh Lim sejak DAP menerajui kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut menghadiahkan RM500 dan anugerah negeri kepada pekerja bawahan yang bekerja keras membersihkan longkang dan parit di negeri itu. Selain itu, bayaran RM100 juga dibuat kepada semua warga emas berusia 60 tahun ke atas di negeri itu.

memorandum berjaya diserahkan kepada SUHAKAM

Keganasan Polis dibawa ke Suhakam - Harakahdaily

Hazayani Zakaria

KUALA LUMPUR, 17 Ogos: Aduan berhubung keganasan polis di dua tempat berbeza iaitu di Pasir Salak dan Batu Pahat pada 31 Julai lalu dibawa ke Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) hari ini.

Aduan tersebut berkenaan tindakan pihak polis mengganggu dan melakukan tangkapan terhadap peserta himpunan warga Felcra Kebangsaan di Felcra Bandar Seberang Perak dan program ceramah anjuran pakatan Rakyat di Rengit.

Aduan diketuai Yang Dipertua PAS Lenggong, Razman Zakaria (kanan gambar atas) dan ketua pemuda Dewan Pemuda PAS Johor Khairul Faizi Ahmad Kamil serta Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman.

Dalam aduannya Razman berkata, meskipun himpunan tersebut diadakan secara tertutup atas tanah persendirian dengan mensasarkan orang-orang tertentu sahaja, namun ianya tetap diganggu oleh pihak polis.

Permit polis juga jelasnya telah dipohon sebanyak dua kali namun ditolak atas alasan penganjur tidak mempunyai kelulusan untuk menggunakan premis persendirian itu.

“Kita mendapat kebenaran daripada pemilik tanah melalui surat dan kami sertakan sekali geran tanah pemilik,” katanya.

Beliau turut mempertikai tindakan polis mengadakan sekatan jalan hampir di seluruh jalan masuk ke tapak premis dan tangkapan hanya dibuat ke atas petugas program yang memakai pakaian PAS tanpa alasan yang nyata.

Selain itu, turut dipersoal tangkapan yang dibuat terhadap petugas di luar kawasan premis.

Dalam kejadian 1 Ogos lalu, seramai 16 orang ditahan dan dilepaskan pada malam yang sama dan tiga lagi direman selama beberapa hari.

Khairul Faizi (kanan gambar bawah) juga dalam aduannya menceritakan situasi yang hampir sama iaitu pihak polis menyerbu markaz PAS di Rengit.

Sekurang-kurangnya 50 anggota unit simpanan persekutuan (FRU) dan puluhan lagi anggota polis menyerbu pentas Ceramah Pakatan Rakyat di Rengit.

Serbuan dibuat sebelum Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual berceramah di pentas itu.

Polis bertindak mengosongkan pentas, merampai pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah dan sekurang-kurangnya sembilan ditangkap terdiri dari tujuh lelaki dan dua wanita.

“Saya mewakili PAS Batu Pahat Pihak telah sediakan dokumen berkaitan kejadian ini dan minta pihak Suhakam mengambil tindakan yang sewajaranya,” katanya.

Sementara itu, Mazlan menyifatkan larangan mengadakan himpunan aman semakin ketara di era pemerintahan perdana menteri Datuk Sri Najib Razak.

“Sebelum ini Datuk Seri Najib pernah kata, jangan buat demonstarasi jalanan. kalau nak buat, buatalah di tempat tertutup. Gunalah stadium, gunalah balai raya.

“Tapi bila kita minta nak guna stadium, tak boleh. Minta guna balai raya pun tak boleh juga.

“Jadi di manakah kita boleh buat berhimpun? Saya minta pihak polis nyatakan secara jelas di mana tempat yang boleh kita berhimpun,” katanya.

Dalam pada itu, pengerusi Suhakam, Muhammad Sha’ani Abdullah yang mendengar aduan itu dalam responnya berkata, insiden gangguan dan keganasan polis bukan perkara baru dan pernah dikritik oleh Suhakam sendiri.

Beliau turut menyatakan kekecewaan terhadap pihak polis yang menafikan hak rakyat untuk berhimpun.

Justeru, beliau berjanji akan memanjangkan aduan itu ke mesyuarat suruhanjaya selain akan mengatur pertemuan dengan pihak berwajib agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Jawatankuasa Pemuda UMNO Alor Setar Letak Jawatan…

Assalam’alaikum dan salam perjuangan…

Hasrat UMNO untuk mengajak PAS supaya bersatu di atas nama Melayu nampaknya semakin digagalkan oleh masalah dalam UMNO sendiri yang tidak henti-henti menghadapi masalah dalam yang semakin tidak dapat dibendung.

Terbaru, 11 jawatankuasa UMNO Bahagian Alor  Setar telah meletakkan jawatan kerana tidak berpuashati dengan pucuk pimpinan UMNO bahagian Alor Setar. Beberapa hari lepas Hishamudin, Naib Presiden UMNO juga melahirkan rasa kecewa dengan kepimpinan UMNO yang tidak berhenti bergaduh sesama sendiri sehinggakan rarkyat naik muak dengan pekembangan UMNO.

Begitu juga dengan perkembangan UMNO di Pulau Pinang dan di tempat-tempat yang lain.

Saya terfikir dengan suasana seperti ini bagaimana agaknya untuk UMNO mengajak PAS bersatu di atas nama perpaduan Melayu sedangkan UMNO sendiri sedang berhadapan dengan perpecahan dalaman yang serius.

Khairul Faizi Ahmad Kamil

————————————————

11 AJK Pemuda Umno Alor Star letak jawatan

Sebelas ahli jawatankuasa Pemuda Umno bahagian Alor Setar telah meletak jawatan berkuatkuasa 7 Ogos lepas dengan alasan tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan bahagian kerana meminggirkan
peranan pergerakan itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mereka terdiri penolong setiausaha, Mohd Azreen Azizan, selain Noor Baidurzaman Abu Bakar, Mohamed Shajahan Mohd Abdul Kader, Elias Haron, Mohamad Roshidi Marzuki, Wira bin Abdullah, Ahmad Faiz Abdul Halim, Mohd Zahir Abu Bakar, Ros Mahadi Hashim, Che Nat Said dan Mohd Shaharudin Manaf.

“Kami tidak mahu mengkhianati parti dan atas sebab ini kami merasakan tidak lagi boleh melaksanakan tanggungjawab dan sewajarnya kami meletak jawatan bagi membolehkan AJK baru dilantik,” kata Mohd Azreen kepada pemberita.

Beliau menafikan kenyataan Ketua Bahagian Umno Alor Setar, Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah, yang mendakwa tidak mengetahui punca sebenar peletakan jawatan mereka.

Katanya mereka telah beberapa kali bertemu dan berbincang dengan Ahmad Bashah, yang juga Timbalan Pengerusi Umno Kedah, tetapi perkara yang dibangkitkan tidak pernah selesai.

Mohd Azreen berkata mereka telah menghantar surat peletakan jawatan kepada ibu pejabat Umno pada 10 Ogos lepas dan salinan kepada kepada Umno negeri.

Katanya mereka akan terus menyokong kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

–Bernama

Aizat - Erti Hari Ini…

Pertama kali saya mendengar lagu ini, saya sudah ‘jatuh hati’ dengan alunan lagu dan liriknya. Lagu bertemakan kemanusiaan dan pembinaan diri perlu diperbanyakkan di dalam arena muzik tempatan berbanding dengan lagu bertemakan cinta dan mendewa-dewakan wanita.

Teruskan perjuangan, Aizat!

Dua Bersaudara Dipenjara 5 tahun Kerana Bakar Gereja - mStar Online

Dua Bersaudara Dipenjara 5 tahun Kerana Bakar Gereja

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini Jumaat, menjatuhkan hukuman penjara lima tahun ke atas dua beradik yang didapati bersalah membakar gereja di Desa Melawati awal tahun ini.

Hakim S.M. Komathy Suppiah membuat keputusan itu selepas mendapati Raja Mohamad Faizal Raja Ibrahim, 24, dan adiknya Raja Mohamad Izham, 22, gagal menimbulkan sebarang keraguan yang munasabah selepas diperintah membela diri.

Raja Mohamad Faizal, seorang penghantar surat dan Raja Mohamad Izham, pekerja bank, didakwa melakukan khianat dengan membakar gereja Metro Tabernacle di Jalan 4/4C, Jalan Desa Melawati di sini pada 11.50 malam, 7 Jan lepas.

Mereka dituduh melakukan perbuatan itu bersama beberapa orang yang masih bebas, mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Turut didakwa ialah rakan mereka Azuwan Shah Ahmad, 23, yang kemudiannya dibebaskan di akhir kes pendakwaan pada 30 Julai lalu.

Dalam penghakimannya, Komathy berkata Dr Lim Chee Kean dari Hospital Kuala Lumpur yang merawat Raja Mohamad Faizalmemberitahu mahkamah bahawa beliau dimaklumkan tertuduh pertama bahawa kecederaan yang dialami berpunca daripada terkena api ketika membakar sampah, dan perkara sama turut dinyatakan oleh rakan kedua-dua tertuduh iaitu Mohd Hamzan Zainal Abidin, 24, ketika ditanya polis.

Sehubungan itu, katanya, isu jamuan barbeku tidak timbul dan keterangan mengenainya adalah bercanggah dengan keterangan beberapa saksi pembelaan kepada polis.

Komathy berkata mahkamah tidak boleh bersimpati terhadap mana-mana individu yang membakar rumah ibadat sesuatu agama kerana perbuatan itu betul-betul melampau dan kej.

“Mahkamah ini perlu menjatuhkan hukuman berat iaitu penjara terhadap pesalah yang sanggup mencemarkan kesucian agama, demi menjaga keharmonian dan keamanan negara yang dihuni pelbagai kaum seperti negara kita.

“Jika hukuman ringan dijatuhkan, maka mesej bahawa kesalahan sebegini tidak boleh diterima dan dimaafkan, tidak akan sampai kepada orang ramai,” katanya.

Beliau berkata perbuatan membakar gereja Metro Tabernacle dalam kes ini adalah sesuatu yang teruk dan hina, selain menyentuh perkara asas dalam sebuah masyarakat bertamadun dan cintakan keamanan.

“Satu daripada asas Rukun Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan, namun kamu berdua telah membakar rumah Tuhan. Dengan melakukan perbuatan hina dan terkutuk itu, kamu telah memalukan masyarakat serta negara.

“Pemimpin dari segenap lapisan masyarakat juga telah tampil mengutuk perbuatan kamu. Nasib baik polis berupaya mengekalkan keamanan dan kestabilan negara, walaupun perbuatan kamu bersifat menghasut,” katanya.

Komathy berkata dalam menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kedua beradik itu, mahkamah mengambil kira usia dan faktor bahawa mereka tidak mempunyai rekod jenayah.

“Amat menyakitkan apabila orang muda seperti kamu perlu dipenjarakan, namun bagi kesalahan sebegini, kepentingan awam perlu diutamakan dan mesej mahkamah perlu jelas dan lantang iaitu jangan bermain api,” katanya.

Bagaimanapun, Komathy membenarkan pelaksanaan hukuman terhadap Raja Mohamad Faizal dan Raja Mohamad Izham ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Beliau menaikkan jaminan bagi setiap tertuduh kepada RM20,000 dengan seorang penjamin, berbanding RM10,000 dengan seorang penjamin sebelum ini.

Terdahulu, ketika merayu hukuman diringankan, peguam Datuk Hanif Hashim berkata ini merupakan kesalahan pertama kedua-dua tertuduh dan mereka perlu menyara keluarga.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Lailawati Ali berkata kedua beradik itu sepatutnya memikirkan perkara itu sebelum melakukan sebarang perbuatan yang boleh menggugat ketenteraman awam, serta mencetuskan kes susulan seumpamanya.

Sepanjang perbicaraan yang bermula Januari lepas, pendakwaan memanggil 24 saksi manakala pembelaan mengemukakan empat saksi, termasuk kedua-dua tertuduh. -BERNAMA

Dunia Semakin Musnah…

Adakah fenomena pemanasan global sehingga mencetuskan banjir besar, tanah runtuh dan kebakaran masih dapat diselamatkan?

View Results

Loading ... Loading ...

Assalamu’alaikum dan salam perjuangan,

1. Saya membaca satu berita daripada sebuah laman berita online berkaitan dengan bencana besar yang sedang melanda negara Pakistan dan negara China pada ketika ini.

2. Pakar perubahan iklim menyebut bahawa  fenomena pemanasan global kemungkinan menjadi punca tercetusnya banjir besar di Pakistan, kebakaran hutan di Russia dan tanah runtuh di China sekarang seperti mana yang boleh kita tonton di dalam laporan berita luar negara di skrin televisyen.

3. Hampir 14 juta orang terjejas oleh banjir di Pakistan menjadikan bencana itu lebih buruk daripada kejadian tsunami 2004 dan gempa bumi di Kashmir dan Haiti.

4. Bencana banjir terbaru itu yang dianggap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terburuk dalam sejarah terdekat, disebabkan oleh kehadiran supercharged jet stream atau gelungan besar angin kencang yang juga dikatakan menjadi punca banjir di China dan cuaca panas berpanjangan di Russia yang menyebabkan kebakaran hutan.

5. Fenomena lapisan ozon telah menipis pernah dibincangkan secara meluas di seluruh dunia pada awal tahun 1990 sehingga dikhabarkan lapisan ozon telah terjejas yang mana boleh menimbulkan pemanasan global dan ketidaktentuan iklim dunia.

6. Secara beransur-ansur kita merasai perubahannya dan kini kesannya cukup ketara kepada kita.

7. Semacam sudah tidak ada jalan penyelesaiannya pada ketika ini.

Wallahu’alam…

Zainal Abidin - Hijau

Bumi yang tiada rimba
Seumpama hamba
Dia dicemar manusia
Yang jahil ketawa

Bumi yang tiada udara
Bagai tiada nyawa
Pasti hilang suatu hari
Tanpa disedari

Bumi tanpa lautan
Akan kehausan
Pasti lambat laun hilang
Duniaku yang malang

Dewasa ini kita saling merayakan
Kejayaan yang akhirnya membinasakan
Apalah gunanya kematangan fikiran
Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah
Ku lihat hijau

Bumiku yang kian pudar
Siapa yang melihat
Di kala kita tersedar
Mungkinkah terlewat

Korupsi, oppressi, obsessi diri
Polussi, depressi di bumi kini

Oo… anok-anok
Tok leh meghaso mandi laok
Bersaing main ghama-ghama

Ale lo ni tuo omornyo berjoto
Koto usoho jauh ke daghi malo petako

Ozon lo ni koho nipih nak nak aghi
Keno make asak hok biso, weh
Pase maknusio
Seghemo bendo-bendo di dunio
Tok leh tahe
Sapa bilo-bilo