Zionis lancar 750 serangan dalam tempoh lapan hari

Zionis lancar 750 serangan dalam tempoh lapan hari - Utusan Online

KERETA kebal Israel melancarkan serangan terhadap wilayah Palestin dari sempadan Israel dan Genting Gaza, semalam. – AFP


 

GAZA CITY 3 Jan. – Tentera Israel melancarkan kira-kira 750 serangan ke atas Genting Gaza sejak 27 Disember lalu dan jumlah penduduk Palestin yang terkorban kini meningkat kepada sekurang-kurangnya 435 orang dengan 2,285 yang lain cedera.

Menurut pasukan perubatan Gaza, antara yang menjadi korban dalam serangan ke atas kawasan dengan kepadatan penduduk yang tinggi ini termasuklah 75 kanak-kanak dan 21 wanita.

Serangan oleh jet pejuang dan kapal perang Yahudi itu disasarkan ke atas bangunan kerajaan Hamas, rumah pegawai pergerakan itu dan masjid yang didakwa menyimpan senjata dan terowong rahsia yang digunakan untuk menyeludup senjata dan barangan.

“Kira-kira 750 serangan telah dilancarkan dan ia bertujuan mempertahankan rakyat Israel daripada serangan Hamas,” kata jurucakap tentera Yahudi.

Bedilan demi bedilan yang masuk hari kelapan hari ini dikatakan bertujuan menghentikan serangan roket oleh Hamas tetapi ia masih gagal mencapai objektifnya.

Pejuang Palestin masih tidak mengaku kalah dan setakat ini melancarkan kira-kira 500 serangan roket ke Israel sejak minggu lalu dan berjaya membunuh tiga orang awam dan seorang tentera Yahudi selain mencederakan puluhan lagi.

– AFP

Menyingkap Intifada Pejuang Palestin

Menyingkap Intifada pejuang Palestin - Utusan Online

Palestin adalah tanah air rakyat Arab Palestin, ia sebahagian dari perpaduan tanah air Arab dan rakyat Palestin adalah sebahagian dari bangsa Arab.

Fasal 1 - Perisytiharan kebangsaan Palestin yang diluluskan oleh PLO (Pertubuhan Pembebasan Palestin) pada tahun 1964 dan dipinda pada tahun 1968.

Setakat manakah nanti Intifada Ketiga sebagai kebangkitan membela pembunuhan lebih 300 warga Palestin akibat serangan-serangan bom dan peluru-peluru berpandu tentera Israel di Genting Gaza sejak sambutan Maal Hijrah?

Pertanyaan timbul kerana tiada perpaduan di antara Hamas dan Fatah. Kembali dalam ingatan ialah pengalaman masa lalu seperti dihuraikan oleh Baruch Kimmerling, Sarjana Hebrew University di Jerusalem. Lalu dicatat olehnya peranan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon yang kini dalam keadaan koma tidak sedarkan diri selama dua tahun. Hal ini telah dilaporkan oleh akhbar Times London pada 4 Januari 2008. Antara kandungan makalah Kimmerling:

* Intifada pertama bermula pada 9 Disember 1987 manakala berlaku berkali-kali demonstrasi dan peristiwa lempar batu oleh para pemuda Palestin ke arah tentera Israel. Akhirnya tentangan mereka diatasi, tetapi tiada siapa yang mengaku menang sama ada Israel atau rakyat Palestin.

* Intifada kedua menyaksikan pertentangan bersenjata pada bulan September 2000 manakala ternyata kepada rakyat Palestin bahawa Perjanjian Oslo tahun 1993 tidak melahirkan negara Palestin yang merdeka dan berdaulat.

* Pada 25 Februari, 1994 seorang pelampau agama Yahudi bernama Baruch Goldstain (dari Amerika Syarikat) melakukan serangan berani mati di suatu tempat di Baitulmaqdis. Seramai 29 orang Islam yang sedang menunaikan solat mati ditembak dan ramai lagi cedera.

Setelah berkabung selama 40 hari, Hamas dan beberapa kumpulan lain melancarkan serangan balas ke atas orang-orang awam Israel. Itu kali pertama berlakunya serangan berani mati atau “mati syahid’ untuk warga Palestin.

Sharon kemudian melancarkan rancangan yang diberi istilah politicide terhadap rakyat Palestin, iaitu proses tindakan berpadu ketenteraan, politik, diplomasi dan psikologi. Tujuannya ialah untuk menghapuskan wujudnya warga Palestin dari segi sosial, politik dan ekonomi.

Antara rancangan ialah menarik keluar 9,500 penduduk Yahudi dari Genting Gaza. Sebagai ganti Sharon meminta Presiden Bush dan Parti Likud Israel supaya mengekalkan perkampungan-perkampungan terbesar di Tebing Barat yang diduduki oleh lebih 300,000 orang Yahudi.

Dalam melaksanakan rancangan itu Sharon terus menguasai Gaza sepenuhnya dari tiga segi iaitu darat, laut dan udara. Kerana hal-hal yang seumpama timbul pertanyaan: Di mana sebenarnya sempadan Israel dan Palestin?

Prof. Kimmerling sebelumnya menulis satu kenyataan berjudul J’Accuse dan antara lain mengenang kembali peristiwa Sabra dan Shatila pada 17 September 1982. Dalam serangan bertubi-tubi selama 24 jam hampir 500 orang Palestin di barat Beirut, Lebanon mati dibunuh. Antara mereka ialah wanita dan kanak-kanak.

peperangan

Kenyataannya itu menuduh pelbagai pihak, termasuk Sharon, pucuk pimpinan tentera, media elektronik, akhbar-akhbar dan para intelektual di Israel serta Amerika. Beliau menambah: “Pembunuhan-pembunuhan di Sabra dan Shatila tiada apa-apa bila dibandingkan dengan apa yang telah berlaku di masa lalu dan apa yang akan berlaku di masa depan kelak kepada kita kaum Yahudi dan Arab dalam peperangan antara kaum kini. Saya menyalahkan diri sendiri kerana mengetahui segalanya, tetapi sedikit pun tidak menangis dan saya terus membisu.”

Akhbar Times London pada 4 Januari 2008 melaporkan harapan beberapa sahabat Ariel Sharon yang masih dalam keadaan koma selama dua tahun. Mereka berharap beliau akan dapat bangun kembali. Antara mereka ialah cerita-cerita mengenai beberapa pesakit tiba-tiba sembuh walhal para doktor mereka telah putus asa.

Lalu disebut bahawa kiranya Sharon pulih nanti, maka dua pertiga rakyat Israel akan mengundi memilihnya walaupun tidak pasti betapa pendirian politik atau kesihatan beliau sebenarnya.

Seorang lagi sarjana, Avnar Cohen, menulis mengenai senjata nuklear: “Semua pihak mengetahui bahawa Israel adalah negara bersenjata nuklear. Ia negara keenam dalam dunia memilikinya dan yang pertama sekali di Timur Tengah setelah hampir 40 tahun, larangan oleh kuasa-kuasa besar bersabit dasar non-proliferation tidak pun menyentuh realiti Israel itu.

Dalam keadaan sekarang Perhatian tertumpu kepada keadaan di Gaza dengan penduduk berjumlah 1.5 juta. Seramai 33 peratus dari mereka menganggur dan 51 peratus hidup dalam kemiskinan. Sementara itu di Tebing Barat dengan 2.5 juta penduduk seramai 19 peratus menganggur dan 24 peratus miskin.

Allahyarham Mahmoud Darwish, pujangga Palestin pernah menulis sajak berjudul I come from there. Antara kandungannya:

Aku berasal dari sana lahir sebagai insan dan aku ada ibu serta rumah banyak jendela aku ada adik-beradik dan kawan-kawan pun pernah menghuni penjara bertingkap dingin aku pelajari segala kata-kata supaya boleh mengingkarinya aku pelajari semua kata-kata untuk memilih yang satu: Tanah airku.

Penulis ialah konsultan kanan ISIS Malaysia. Pandangan penulis adalah pendapat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan ISIS.

Video Klip Terbaru Serangan Israel Terhadap Palestin!

Jom Ke Laman Web Rasmi PAS Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Trengganu!

Anda sudah ke laman web ini? Dapatkan info terkini perkembangan di sana melalui laman web rasmi ini. Klik http://prk036.pas.org.my/

Saya sertakan di sini biodata calon kita!

Biodata Calon P036 PDF Cetak Emel
Ditulis oleh mujahidah   
FRIDAY, 02 JANUARY 2009 03:57
Nama penuh : Mohd Abdul Wahid bin Hj. Endut
Umur : 51 tahun
Tarikh lahir : 29 hb September 1957
Tempat kelahiran : Kampung Pulau Rusa, Kuala Terengganu
Tempat tinggal : Kampong Seberang Baruh Kiri,
    Jalan Kelantan, Kuala Terengganu
     
Keluarga    
Isteri : Wan Fatimah binti Wan Abdullah
Pekerjaan Isteri : Guru (P.K. HEM)
Anak : 9 orang – 2 lelaki dan 7 perempuan
     
Taraf Pendidikan : 1. Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
    2. Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu
    3. Universiti Pertanian Malaysia ( UPM ) Serdang
     
Pengalaman kerja : 1. Pegawai Tadbir UPM
    2. Peniaga
    3. Exco Kerajaan Negeri Terengganu – 1999 – 2004
    4. ADUN Wakaf Mempelam sejak 1990 – hingga sekarang
     
Jawatan Dalam Parti : 1. Bendahari Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu
    2. Yang Di Pertua PAS Kawasan Kuala Terengganu

Farahrizan & Pesta Seks/Dadah Tahun Baru

farahrizanabdulrazak

Saya ada mendengar berita tentang seorang pengacara @ pembaca berita TV kena tangkap dalam satu kes pesta sambutan tahun baru, katanya pesta tersebut juga adalah pesta seks, dadah dan arak. Dalam menyiapkan kerja-kerja saya ini, sempat saya ’search’ tentang pemberita @ pengacara tersebut. Rupa-rupanya yang tertangkap tu adalah cik Farahrizan Abd Razak daripada Astro Awani.

Kenal tak dengan Farahrizan? Saya memang tidak kenal dia, minta maaf la ye…Kalau pemberita daripada TV3, NTV7 atau TV8 mungkin saya kenal tapi kalau dari Astro memang tak ada harapan la. Rumah saya memang tiada langganan Astro, maka tidak ada harapan la saya untuk kenal dengan Farahrizan ni.

Khabarnya, minggu depan dia akan melangsungkan perkahwinan. Macamana tu ek? Minggu ni kena tangkap dalam sambutan pesta seks selepas tu minggu depan nak buat kenduri kahwin. Kan malu satu keluarga dan sedara-mara.

Apapun, berita penangkapan Farahrizan ini saya pasti bukanlah satu yang mengejutkan kerana sememangnya rakyat dalam negara hari ini dilalaikan dengan hiburan dan dijauhkan daripada agama mereka. Mungkin bukan Farahrizan sahaja yang terlibat dengan pesta seperti itu tetapi ramai lagi cuma dia sahaja yang ‘tersangkut’ pada malam itu.

Ketika memberikan kata-kata akhir kepada pemuda-pemuda PAS di Dataran Danga Bay beberapa hari yang lalu selepas selesai mengedarkan risalah pada malam sambutan Tahun Baru 2009, saya bertanya kepada mereka, dimanakah Islam pada malam tersebut dalam keadaan anak muda lupa diri dengan hiburan dan pergaulan tanpa batasan berlaku di segenap penjuru.

TV presenter tests positive
January 02, 2009      Categories: News

Police have confirmed that the newscaster who was nabbed along with 27 other people in a raid on a hotel room on New Year’s Eve is Farahrizan Abdul Razak.

Sources told Malay Mail that the 22-year-old newsreader with Astro Awani had tested positive for drugs. She has been remanded for two days, along with eight others who had also tested positive. Also picked up during the raid were the organisers of the party.

Officers led by Assistant Superintendent Mahani Ahmad found condoms, drugs and alcohol in the room, which was packed with revellers who had received special invites to the party through social networking site Friendster.

Authorities are concerned that the organisers of these romps are using the Internet to get the word out. (see accompanying story).

City police had raided the room on the 11th floor of the Cabana Inn in Jalan P. Ramlee after being tipped off that a sex and drugs party was being held there. The suspects, aged between 18 and 31, were picked up at 3am by D7, the anti-vice and gaming unit.

When police moved in, two halfnaked couples were in bed, while the others were intoxicated. Half-eaten pizzas and empty beer cans littered the floor.

Authorities seized 24 Ecstasy pills, packets and straws containing Ketamine, one Eramine 5 tablet, other drug paraphernalia and some condoms. Efforts to contact Farahrizan for comment were unsuccessful.

TV presenter tests positive

Police have confirmed that the newscaster who was nabbed along with 27 other people in a raid on a hotel room on New Year’s Eve is Farahrizan Abdul Razak.

Sources told Malay Mail that the 22-year-old newsreader with Astro Awani had tested positive for drugs. She has been remanded for two days, along with eight others who had also tested positive. Also picked up during the raid were the organisers of the party.

Officers led by Assistant Superintendent Mahani Ahmad found condoms, drugs and alcohol in the room, which was packed with revellers who had received special invites to the party through social networking site Friendster.

Sambutan Tahun Baru 2009 di Danga Bay, Johor Bahru

XPDC Dakwah DPPNJ ke Teluk Danga, Johor Bahru

Seperti biasa, apabila tiba saat untuk menyambut tahun baru. Pemuda PAS Johor akan menjalankan aktiviti Ekspedisi Dakwah (XPDC Dakwah) untuk bertemu dengan masyarakat khususnya golongan remaja.

Kali ini, kami berpecah kepada dua kumpulan, kumpulan pertama saya ketuai sendiri di Teluk Danga, Johor Bahru dan kumpulan kedua pula di Dataran Batu Pahat yang dikendalikan oleh sdr Nor Khalim Sakib, Pengarah AMAL Johor.

Seperti biasa, risalah diedarkan kepada pengunjung di Teluk Danga dan risalah kali ini lebih kepada gejala sosial manakala di Batu Pahat, sahabat-sahabat AMAL mengadakan ‘himpunan aman’ dengan bertemakan serangan Israel terhadap Palestin.

Maklumat lanjut akan anda baca dalam Harakah, insya Allah.

Saya sertakan di dalam blog ini beberapa keping gambar bagaimana anak muda di Johor menyambut tahun baru di Johor. Gambar ini dirakamkan sekitar pukul 12.20 tengah malam di dataran Teluk Danga betul-betul dihadapan pentas utama.

Saya juga akan meng’upload’kan klip video gelagat mereka nanti.

Sekitar Kempen Jom Sertai PAS! di Shah Alam, Selangor

Gambar-gambar ini saya ambil ketika Kempen Jom Sertai PAS yang diadakan di Shah Alam, Selangor baru-baru ini.

Saya bersama Team Lajnah Perpaduan Nasional DPP Pusat ada di sini kerana penglibat kami sebagai wakil Kelab Penyokong Muda PAS dan kami diminta diperingkat awal untuk menyediakan pameran KPMP ini.

Namun, disebabkan tiada khemah disediakan maka kami guna apa sahaja yang ada bersebelahan khemah yang ada.

Tak kisah lah, yang penting persiapan telah dibuat.

Tahniah kepada Lajnah Pemerkasaan Parti di bawah Ust Ahmad Bin Awang di atas penganjuran kempen ini walaupun ianya adalah program DPP Pusat pada peringkat awal.

YB Mohd Abdul Wahid Endut Calon PAS di Kuala Trengganu

 

Wahid penuhi ciri kemenangan PAS

 

Muda Mohd Noor | Jan 2, 09 1:40pm

 

PAS memilih Mohd Abdul Wahid Endut untuk bertanding kerusi parlimen Kuala Terengganu kerana beliau mempunyai faktor-faktor  kemenangan di kerusi itu.bm version kuala terengganu parliament state seat breakdown 031208
Setiausaha PAS negeri Yahaya Ali berkata, antaranya ahli dan penyokong PAS mahukan beliau bertanding di kerusi tersebut.
“Beliau sudah lima penggal menang di Wakaf Mempelam dan ini menunjukkan orang ramai mahukan beliau.
“Kita percaya beliau mempunyai pengaruh yang kuat di Kuala Terengganu kerana beliau juga yang dipertua PAS kawasan Kuala Terengganu,” katanya ketika diminta mengulas pemilihan mengejut Abdul Wahid sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil itu yang bermula Selasa depan.
Pemilihannya diumumkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Stadium Negeri di Kuala Terengganu malam tadi.
Yahaya yang juga timbalan pengarah pilihanraya PAS bagi pilihanraya kecil tersebut berkata, pemilihan Abdul Wahid tidak akan memecahkan undi para penyokong PAS.
Diminta mengulas alasan Abdul Wahid dicalonkan oleh parti itu sedangkan namanya bukan pilihan utama, Yahaya berkata, pilihan atau tidak itu “hanya senarai yang dibuat orang ramai”.
Katanya, orang ramai bebas membuat pilihan mereka tetapi akhirnya pucuk pimpinan yang menentukan setelah mengambil kira pelbagai faktor.
“Pemimpin lebih tahu hendak membuat pilihan, jadi tidak perlu lagi bercakap mengenai pemilihan Abdul Wahid sebagai calon.
“(Dan) insya Allah beliau akan menang,” katanya.
Abdul Wahid akan berdepan dengan ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh bagi merebut kerusi tersebut pada hari pengundian 17 Januari ini.
Pilihanraya kecil tersebut diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Razali Ismail, akhir November lalu.

 

 

Petikah dari  http://nikabduh. wordpress. com/ 

kita dan palestin

Disember 31, 2008 in dunia, haraki, jihad, palestin, politik, tarbiyyah, tazkirah | 11 comments

Salam Kamunting,

Jika anda berniat mendermakan sebahagian daripada wang anda untuk Palestin, anda sebenarnya masih tak faham - faham isu Palestin. Palestin bukan soal derma dan sedekah. Palestin adalah jihad dan kewajiban. Tuhan kita berkata, berjihadlah dengan harta dan nyawa kamu..

Wang, bahkan nyawa setiap umat Islam adalah tagihan Allah untuk bumi yang disucikanNya itu. Tiada muslim yang tidak mengambil bahagian di dalam jihad Palestin sepanjang zaman kecuali tuahnya pasti direntap bumi suci itu di akhirat nanti. 

Palestin adalah sebahagian ujian Allah ke atas umat nabi Muhammad sallaLlahu alaihi wasallam. Dari tiga bumi suciNya ( tanah haram ) itu, Allah memberi keamanan untuk Makkah dan Madinah, tetapi tidak untuk Palestin. Palestin sentiasa berdarah dan jika ia aman seketika atau lebih lama daripada itu, di sekelilingnya adalah penuh dengan komplot dan konspirasi musuh untuk merampas dan menghancurkannya kembali. 

Ia menjadi rebutan sepanjang zaman untuk umat tiga agama langit yang memiliki kitab samawi masing - masing yang mendakwa sejarah pendudukan dan pemerintahan di situ. Jika tidak kerana Allah menghukum dan memutuskan bahawa bumi haramNya itu adalah milik hambaNya yang bertaqwa yang berada di atas jalanNya yang lurus, iaitu Islam, agama tauhid nabi Ibrahim al hanif alaihissalam, iaitu datuk kepada ketiga - tiga umat tersebut,  maka tiadalah umat Islam memiliki hujjah mutlak untuk memilikinya. 

Mencintai Palestin adalah tanda iman dan taqwa. Kita mesti mencintainya melebihi kecintaan kita kepada tanah air sendiri.

Roda zaman yang berpusing menentukan bahawa bangsa Yahudi telah berjaya merampas dan mendudukinya kini selepas perjuangan lama mereka untuk menguasainya semenjak ribuan tahun dahulu. Selepas mereka menguasainya, impian dan angan - angan mereka begitu memuncak bahawa merekalah anak - anak tuhan yang diberkati segala tindakan mereka.

Hanyalah yang menghantui keyakinan mereka adalah pengetahuan tersembunyi mereka bahawa Palestin ini sebenarnya dan kesudahannya adalah milik  umat yang menjadi musuh nombor satu mereka. Mereka tahu Palestin adalah untuk umat Islam.

Hari ini, saat kita dan seluruh umat Islam cuba membina keyakinan dan azam baru di awal tahun baru hijrah, Palestin dibedil dan dibakar oleh Yahudi, musuh Allah, malaikat, manusia dan seluruh makhluk kecuali syaitan daripada kalangan jin dan manusia.

Negara Israel hari ini yang menghimpunkan bangsa Yahudi sedunia itu tahu bahawa mereka tidak boleh hidup dengan hidupnya Islam. Justeru harapan, azam, keyakinan dan masa depan umatnya harus sentiasa dilumpuhkan dan dipadamkan dengan apa jua senjata dan peralatan. Umat Islam mesti kekal putus asa, putus harapan dan putus hubungan dengan tuhannya. 

Membunuh umat Islam adalah ibadah dan persembahan mereka kepada tuhan mereka yang mereka ciptakan sendiri.

Palestin ceritanya panjang dan akan terus memanjang sehingga kiamat. Bermula keamanan dunia adalah dengan amannya Palestin dan bermula kecelakaan dunia adalah dengan celakanya keadaan di bumi Palestin. Begitulah Allah menetapkan sunnahNya bahawa Palestin adalah ujian kehidupan manusiawi.

Anda mesti tahu dan mesti akur bahawa lecehnya pengetahuan anda tentang Palestin adalah petanda lecehnya anda di sisi perjuangan Islam.

Jangan harapkan negara - negara Arab untuk mengembalikan Palestin. Sehingga semalam pun, mereka tidak mampu menyapu dan membersihkan diri daripada tohmahan bahawa mereka adalah sebahagian konspirasi pengeboman di Genting Gaza. Mereka membisu seperti bisu anak dara yang melakukan zina. Negara Arab yang berzina dengan Israel! Ah, sejak bila mereka menerima kehadiran HAMAS? Apatah mengiktiraf mereka sebagai rakan hidup dan mati? Sedangkan mereka tahu bahawa HAMASlah nyawa dan nadi umat Islam Palestin hari ini.      

Anda hanya perlu meneka, siapakah yang lebih takutkan HAMAS? Israel atau Arab nasionalis syirik itu sendiri?

Jangan pula mengharapkan negara kita.  Negara kita tidak akan menyokong HAMAS sebab HAMAS adalah saudara PAS. Mengharap pemerintah negara bertindak untuk Islam di Palestin adalah seperti mengharapkan perempuan mandul melahirkan anak atau seperti mengharap lelaki yang telah dikasi untuk mensyahwati perempuan.

Dalam dunia yang penuh nifaq dan kekufuran,  harapan adalah terletak di atas bahu sekelompok umat Islam yang berjuang untuk kembali kepada Islam yang sebenar. Harapan dan keyakinan masa depan adalah daripada umat yang bersedia menghidupkan kewajiban berjihad fi sabiliLlah.

Setiap kita mestilah mengambil bahagian melaksanakan kewajiban membebaskan bumi suci Palestin.

Jika 10,000 umat Islam di Malaysia menyimpan RM100.00 setahun untuk perjuangan membebaskan al Masjidil Aqsa daripada cengkaman zionis Yahudi, maka wakil pejuang Islam Palestin yang datang ke negara kita akan pulang ke medan jihad dengan RM1 juta dari rakannya di Malaysia.

RM1 juta itu banyak tetapi ia adalah terlalu kerdil di hadapan bilionan dolar yang dibelanjakan oleh Yahudi dan sekutu Amerikanya untuk menjajah tanah suci itu. RM1 juta itu banyak, tetapi ia adalah sedikit di banding 15 juta umat Islam di negara kita. Atas nama kewajiban ugama, umat Islam di Malaysia semestinya mengeluarkan puluhan juta ringgit untuk perjuangan suci ini.

Sekali lagi, usah mengharap dan berangan wang saku kerajaan nasionalis Melayu akan tumpah walau setitik ke Palestin. Jika ia menitik, ia akan jatuh ke anak mata buat mengaburi pandangan mata. Pemimpin nasionalis Melayu ini pula, bila masa mereka cukup duit? Mata mereka tidak melihat kecuali duit.

Allah tidak menerima RM100.00 yang kita keluarkan itu. Allah menerima taqwa di dada kita. Taqwa kitalah yang akan menggapai Tuhan dan ridhaNya. Ertinya, bukanlah RM1 juta yang perlu kita kumpulkan daripada 10,000 umat Islam di Malaysia, bahkan kita memerlukan sejumlah hambaNya yang bertaqwa yang berjuang di atas jalanNya yang benar. Apabila ada taqwa, adalah wang yang dikeluarkan atas nama kewajiban dan jihad.

100 orang kaya di negara kita yang bertaqwa sudah cukup untuk menghantar RM1 juta atau lebih ke Palestin. 1000 umat Islam daripada masyarakat bandar pertengahan yang bertaqwa sudah cukup untuk menghasilkan RM1 juta untuk Palestin.

Jika setiap kita bertekad untuk menggabungkan diri dalam 10,000 umat Islam negara yang tidur bangunnya adalah untuk Palestin dengan berazam menjadikan perjuangan membebaskan bumi suci itu sebagai sebahagian amal jihadnya di hadapan Allah di padang mahsyar kelak, pastinya kita mampu saja menghantar RM10 juta setiap tahun ke sana.

Ia adalah jumlah yang sedikit. Tetapi bayangkan betapa gembiranya rakyat Palestin, terutama para pejuangnya apabila mendengar jumlah wang sebanyak  itu datang daripada saudara mereka di Malaysia yang menyokong perjuangan mereka. Bayangkan betapa roh jihad mereka akan semakin panas dan membara buat membakar Yahudi laknatuLlah itu.

Saya membubuh angka agar anda tahu bahawa Allah mengurniakan pahalanya dengan angka dan juga berat. Dua rakaat masing - masing di Masjid Nabawy, di Masjidil Haram dan di Masjidil Aqsa adalah bersamaan lebih ratusan ribu rakaat berbanding dua rakaat dan sujud anda di masjid Putra Jaya atau di balaisah di hadapan rumah anda.

Bukan negara - negara umat Islam yang hidup penuh dayus dan nifaq hari ini yang akan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan. Mereka adalah bagai buih - buih yang dilambung ombak tanpa perlu dihirau hitung berapa beratnya.

Sudikah setiap kita untuk mendaftar diri sebagai pejuang Islam untuk pembebasan Palestin? Jika anda sudi, isilah borang dengan tinta taqwa di dada anda.  

Membebaskan diri daripada cengkaman pemerintahan nasionalis Melayu di negara kita juga adalah sebahagian perjuangan jangka panjang membebaskan bumi Palestin. Sudahkah anda membilang wang di saku untuk dihantar kepada pejuangan Islam di dalam pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu?

Kata - kata ini adalah benar. Jangan ada yang mentakzibkannya..

Biarlah perancangan dan segala takhtitaat membebaskan bumi Palestin itu kita serahkan kepada pakarnya, terutama para pejuang di medan. Kita patut mengetahuinya. Yang lebih penting, kita laksanakan kewajiban kita sendiri. Berjihad dengan harta kita untuk Palestin atau dengan harta, nyawa dan segenap kepunyaan untuk membebaskan Malaysia daripada benteng yang memisahkan umat Islam daripada Islam yang sebenar. benteng itu perlu dirobohkan dan benteng itu adalah UMNO.

Apabila UMNO runtuh dan Islam kembali, Palestin adalah di mata negara Malaysia yang kaya, insya Allah.

 

Kita Berada Di Penghujung Tahun Masehi 2008

Salam perjuangan kepada semua,

Akhir-akhir ini ada beberapa program yang tidak dapat saya sertai dek kerana kesihatan yang tidak begitu mengizinkan. Saya terlepas untuk bersama sahabat-sahabat berhimpun di Stadium Bangi bagi menyokong ISA dimansuhkan dan saya juga terlepas untuk bersama sahabat-sahabat di kedutaan US semalam.

Saya memang cuba untuk menguatkan diri untuk ke sana lebih-lebih lagi saya telah meminta SU DPPNJ sdr Faizul untuk bersama-sama ke dua program ini tetapi memang saya agak lemah ketika itu untuk bergerak.

Sejak balik daripada Pelancaran Gerakerja Pemuda PR di Kuala Trengganu sebenarnya saya sudahpun rasa badan tidak selesa @ demam tapi saya cuba kuatkan diri untuk tidak makan apa-apa pun ubat dengan mengharapkan antibodi dalam badan yang akan terus melawan.

Akhirnya saya tewas juga apabila dua hari yang lalu saya menelan pil demam dan ubat batuk yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa memperuntukkan masa dengan mata terlelap @ tidur. Semoga Allah mengampunkan saya…

Malam ini ada dua aktiviti DPPNJ di Johor. Pertamanya di dalam daerah Johor Bahru, Pemuda akan menjalankan aktiviti XPDC dakwah di Dataran Teluk Danga dan di Batu Pahat Unit Amal Johor bersama Pemuda PAS di sekitar Batu Pahat akan mengadakan ‘himpunan aman’ berkaitan dengan gejala sosial. Saya akan turun bersama pemuda PAS di Johor Bahru manakala sdr Khalim Sakib akan mengetuai pemuda di Batu Pahat.

Sdr Faizul dan sdr Hamid telah pun berangkat ke Kuala Trengganu pagi tadi. Saya masih belum pasti bila akan ke sana lagi tapi insya Allah pada hari penamaan calon saya akan berada di sana!

Selamat Tahun Baru Hijrah 2009!

500 sertai himpunan bantah kekejaman Israel ke atas Palestin

 
Wan Nordin Wan Yaacob | Foto Nasir/ Wan Zahari
Tue | Dec 30, 08 | 1:45:47 pm MYT

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Hrkh) - Kira-kira 500 aktivis dari pelbagai NGO dan parti politik menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Iklan
 
 
   

ImageHimpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.

ImageMereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.

Tepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.

Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.

Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.

ImageTindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.

Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.

Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.

ImageJusteru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.

Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan neghara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya._

Hudud Hanya Untuk Orang Islam

Hudud hanya untuk orang Islam - Presiden PAS
Harakahdaily | Foto Wan Zahari Wan Salleh
Sun | Dec 28, 08 | 1:31:58 am MYT
SHAH ALAM, 28 Dis (Hrkh) - Memahami keresahan masyarakat bukan Islam, Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa pelaksanaan Hudud hanya melibatkan kalangan yang beragama Islam.

Iklan
 
 
   

ImageMasyarakat bukan Islam tidak seharusnya berasa bimbang jika hukum Hudud dilaksanakan di negara ini sebaliknya boleh memilih undang-undang yang mereka mahu seperti yang telah tertulis dalam Undang-undang Kanun Jenayah Syariah Kelantan dan Terengganu, katanya.

“PAS tak perlu terangkan (tentang hukum Hudud) kerana undang-undang ini tiada kena mengena dengan orang bukan Islam. Image

“Pada kita, tidak timbul lagi soal Hudud kerana ia telah diluluskan di DUN (Dewan Undangan Negeri) Kelantan sejak tahun 90-an lagi dan di Terengganu pula telah diwartakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kempen ‘Jom Sertai Pas’ di Dataran Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada PAS akan membawa usul mengenai pelaksanaan hukum Hudud di Parlimen untukImage dibahaskan, beliau berkata belum tiba masanya untuk berbuat demikian.

Abdul Hadi dalam pada itu menyatakan hukum Hudud di negara ini hanya akan dilakukan jika rakyat negara ini berada dalam keadaan yang stabil.

“Masalah pengangguran masih ada lagi dan untuk laksanakan hukum ini kedudukan rakyat Malaysia mesti stabil contohnya daripada segi pendidikan, kehidupan, dan hubungan keluarga juga kena dijaga,” katanya yang dipetik daripada agensi berita. - azm _

Salam Maal Hijrah 1430 - minda-kembara.com


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

TG Nik Aziz Komen Tentang Papan Tanda Jalan Tulisan Cina

Akhbar Cina dibenar, papan tanda jalan tulisan Cina dihalang
Zuharhaman MN
Wed | Dec 24, 08 | 6:27:45 pm MYT
PASIR PUTEH, 24 Dis (Hrkh) - Hairannya mengapa penerbitan akhbar berbahasa Cina dibenarkan, rancangan televisyen juga ada berbahasa Cina, sebaliknya tulisan Cina pada papan tanda jalan tidak dibenarkan.

Iklan
 
 
   

“Sepatutnya kalau tidak boleh, tidak boleh semualah,” kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat pada satu program di sini, baru-baru ini.

Sebelum ini ada pihak tampil membidas kerajaan Pulau Pinang kerana menggunakan tulisan Cina bersama tulisan Melayu dan Inggeris pada papan tanda jalan di tapak warisan dunia di George Town.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, penggunaan lain-lain bahasa pada papan tanda jalan di samping mengekalkan bahasa Melayu, tidak menjadi kesalahan baginya.

Menurut beliau tindakan pihak tertentu yang mempertikai langkah dibuat kerajaan Pulau Pinang sebenarnya hanyalah berunsur politik, secara tidak langsung mencerminkan sikap tidak menghormati bahasa lain.

“Hairan.. perkara macam ni pun jadi isu. Nampak sangat kurang cerdik. Sedangkan dalam Islam ia dianggap satu nikmat dijadikan oleh Allah SWT untuk semua bangsa dalam dunia ini,” katanya.

Sedangkan kata beliau Islam tidak membezakan bahasa serta bangsa. - mj_